Keindahan Alam Ciptaan Tuhan

SubhanAllah

product

Alhamdulillah

product

Allahuakbar

product

Oh Syeikh Madinah

Pagi ini (Jumaat, 1 Muharram 1431H)aku sempat mendengar siaran langsung di Radio IKIM.fm. Rancangan kali ini dihadiri oleh tetamu istimewa, malang sekali aku kurang pasti siapakah tetamu tersebut. Tetapi, apa yang pasti, tetamu itu adalah seorang alim ulama dari Madinah. Beliau dijemput khas bersempena sambutan Ma’al Hijrah pada tahun ini. Rancangan pagi ini agak eksklusif kerana para pendengar berpeluang berinteraksi dengan ulama tersebut dengan bantuan seorang penterjemah yang sangat cekap menterjemahkan Bahasa Melayu ke Bahasa Arab dan sebaliknya. Aura yang dirasakan ternyata berbeza. Walaupun hanya mampu mendengar suara ulama tersebut, namun hatiku sudah cukup tersentuh dengan keperibadiannya. Ternyata ulama ini memiliki peribadi yang unggul, jelas terpancar melalui gaya bahasanya dan lenggok suaranya yang lembut dan halus dalam menasihati dan menjawab persoalan-persoalan yang diajukan kepadanya. Hakikatnya, apa yang disampaikan sebenarnya sudah pernah didengari sebelum ini, tetapi entah kenapa lain pula bunyinya apabila ianya disampaikan oleh ulama ini. Gaya bahasa yang halus yang digunakan oleh penterjemah juga sedikit sebanyak membuat para pendengar terpegun dengan kata-kata nasihat dari Syeikh Madinah ini. Aku sangat tersentuh dengan cara penyampaian syeikh yang sangat merendah diri dan membesar-besarkan Allah dalam setiap ucapannya. Ada salah seorang dari pemanggil yang seperti kurang bersetuju dengan kenyataan syeikh, pandangan pemanggil ini juga benar tetapi cara penyampaiannya agak emosional menyebabkan aku kurang senang mendengarnya. Kemudian syiekh memberi respon kepada pemanggil tersebut dengan kata-kata yang penuh dengan kasih saying dan penuh hikmah. Diterangkannya akan kelebihan dan keindahan khilaf di dalam agama. Syeikh juga berpesan agar kita tidak memandang manusia dengan pandangan syariat, kerana jika begitu kita akan membenci manusia itu, tetapi pandanglah dengan pandangan hakikat, maka kita akan mampu menyayangi semua orang dan saling menasihati. Syeikh juga mengingatkan para ulama dan pendakwah yang lain agar menyeru kepada Allah, bukan menyeru kepada diri sendiri, sampaikanlah dakwah agar Allah mempercayai kamu, bukan supaya masyarakat mempercayai kamu. Bergurulah dengan ulama yang beramal, bukan ulama yang beku... Sayangilah Allah, Rasulullah, ahli keluarganya, para sahabat dan pejuang-pejuang agama Allah....Segala Puji Hanya Bagi Allah.. kata-kata syeikh ringkas tetapi padat dan penuh makna

Walaupun tidak kenal siapakah syeikh ini, namun aku sudah rasa begitu sayangkannya kerana keperibadiannya yang sangat indah. Kemudian terdetik di hatiku, ini baru syeikh dari Madinah, umat Nabi Muhammad s.a.w yang tidak pernah berjumpa dengan Baginda, belum lagi Rasulullah s.a.w...Subhanallah..indahnya peribadi seorang hamba-Mu yang benar-benar beriman dengan-Mu..Allah pernah berfirman dalam sebuah Hadis Qudsi..

“Seluruh langit dan bumi takkan mampu menampung-Ku, Namun hati seorang hamba yang beriman pasti dapat menampung-Ku”

..lihat betapa tinggi darjat seorang manusia yang beriman di sisi Allah, sungguh mulia. Patutlah kita dianjurkan supaya berguru dalam mendalami ilmu, kerana lebih banyak yang dapat kita pelajari dari akhlak seorang guru berbanding ilmu yang diajarnya. Akhlak yang ditonjolkan syeikh hanya melalui perbualannya membuat aku jatuh cinta sekali lagi dengan Islam. Aku tahu, Islamlah yang telah membentuk akhlak syeikh ini. Inilah hasilnya jika kita benar-benar mengamalkan Islam sebagai cara hidup yang sebenar, jika kita menjadikan Al-Quran dan Sunnah itu sebagai pegangan hidup. Sepanjang wawancara bersama syeikh ini, banyak juga ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang dikongsi. Hairan sekali, kerana ayat-ayat Al-Quran dan Hadith yang dinyatakan sebenarnya sudah kutahu sebelum ini, tetapi bagaikan tiada dalam ingatanku sehinggalah syeikh menyebutnya semula. Jelaslah bahawa ilmu-ilmu ini tidak melekat pada diriku kerana tidak beramal dengannya.

‘Kecelakaan bagi orang yang tidak berilmu hanya satu kali sahaja, Sebaliknya kecelakaan bagi orang yang berilmu tetapi tidak beramal adalah sebanyak tujuh kali’ –Abu Darda’ r.a–

Ruginya begitu..Islam itu sungguh indah dan akan tetap kekal indah hingga akhirat kerana ini adalah agama yang benar, agama yang selamat, agama di sisi Allah. Maka seharusnya kita bersyukur dan benar-benar menghayati keislaman yang telah berada dalam diri kita.

Kehadiran syeikh dalam hidupku membuatku bertambah rindu dan terigin untuk berjumpa dengan Rasulullah s.a.w..teringin sekali ingin ke makamnya..apatah lagi untuk bertemu dengan Baginda di telaga kauthar nanti.namun..layakkah diri ini??mampukah diri yang alpa,kerdil dan hina ini bertemu dengan kekasih Allah itu? Layakkah diri ini?? Tiba-tiba kurasakan pipiku basah lagi..mengengkan pertemuan di padang mahsyar nanti..namun menangis saja tak ada gunaya. Aku harus bertindak mengubah nasib diriku..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri. Maka aku harus berubah!! Harus berusaha menjadi umat Nabi Muhammad yang mengikuti sunnahnya, menjadi hamba Allah yang bertakwa...kita semua pun perlu berubah, untuk menjadi lebih baik. Nabi pernah berpesan,

“Celakalah barang siapa yang hari ini lebih buruk dari semamlam, Rugilah barang siapa yang hari ini sama dengan hari semalam dan Beruntunglah barang siapa yang hari ini lebih baik dari semalam”

..maka fahamlah kita, umat Nabi Muhammad perlu sentiasa maju ke hadapan. Kita perlu sentiasa berusaha untuk membaiki keadaan hidup kita. Jangan terlalu mudah berasa selesa dengan keadaan dan amalan yang sudah ada kerana kita belum pasti sama ada segala apa yang kita ada sekarang akan menjadi bekalan kita di akhirat nanti. Nampak macam susah kan, kena selalu usaha, bila nak rehat? Maka pesanlah pada diri, dunia ni hanyalah sementara, seronok sementara, sedih pun sementara. Penat sementara, rehat pun sementara, yang kekal abadi hanyalah di akhirat nanti. Maka bersusah-susahlah dulu, semoga di akhirat nanti kita bersenang pula. Itulah Sunnatullah yang harus kita ikuti jika kita ingin berjaya di dunia dan di akhirat InsyAllah.

“..Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain), Dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.” (Surah Al-Insyirah : 5-8)”

Untukmu Temanku...

NASIHAT INI DITUJUKAN UNTUK SEMUA YANG MEMBACA RUANGAN INI....BACALAH DENGAN HATI YANG TERBUKA...SEMOGA BEROLEH HIDAYAHNYA.:)
Setiap kali 'quiz' diadakan, perasaan inilah yang kerap kali timbul di dalam hati..sedih..geram..nak marah pun ada..semuanya bercampur menjadi satu..kalau ikutkan hati, ingin sekali aku menjerit..wahai tuhanku..ampunkan aku dan ampunkan mereka..
buat teman- temanku yang amat ku kasihi..
aku bukanlah yang terbaik untuk menasihati kalian..apatah lagi untuk meminta kalian mendengar nasihatku..namun inilah tugas yang mesti aku laksanakan..walau apa cara sekalipun...
sudah terlalu lama aku memendam perasaan dengan sebahagian dari kalian..
mengapa kalian mengizinkan diri kalian untuk MENIRU dan DITIRU??????
sahabatku yang dikasihi...
maafkan diriku kerana tidak mampu untuk menegur kalian secara terus...
aku bimbang tidak dapat mengawal emosi..
namun kali ini aku perasaan 'marah' itu xdapat lagi dibendung...
ketahuilah duhai sahabatku..apa yang kalian semua lakukan adalah SALAH...
mohon ampunlah dari Allah..
pernahkah kalian terfikir bahawa ALLAH SEDANG MELIHAT???
pernahkah terfikir bahawa hasil dari 'quiz' itulah yang akan menjadi darah daging kalian?
mahukah kalian berjaya dan bekerja hasil daripada duit yang tidak halal???
nauzubillah...
ini hanya sekecil- kecil perkara...
walaupun ianya nampak terlalu kecil, tapi inilah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak...
dan AKU salah seorang yang bakal dikenakan hukuman sekiranya tidak menegur kalian..
teman- temanku...
biar kita miskin di dunia...
biar kita repeat semua paper...
asalkan hukum Allah kita pelihara..
asalkan Allah sentiasa REDHA dengan kita...
mengapa tidak kita usahakan sendiri...
usahalah selagi mampu...
berjaya atau tidak bukanlah dari kita..
tugas kita..berusaha sebaik mungkin dan berdoa...
Allah Maha Adil..
kejayaan akan datang pada kita...
jangan berhenti berdoa dan berharap...
TEMANKU...
mahukah kalian duduk di dalam syurga?
mahukah kalian berjumpa denganNYA?
tanyalah iman kita..
muhasabahlah..
kenapa kita gagal..
kenapa kita tidak berjaya...
mungkin sebab 'kecik' ini puncanya...
AMPUNKAN KAMI YA ALLAH....
kembalilah pada Allah...
mintalah pertolongannya...
mudah- mudahan kita semua diberi petunjuk
Ya Allah..
Ketahuilah bahawa aku telah menyampaikan semua ini kepada mereka...
Ampunkan aku Ya Rahman kerana gagal melaksanakan tugas ini...
limpahkan hidayahMu kepada kami..
Jauhi kami dari azab api nerakamu...
Berikanlah kami kejayaan dan kegembiraan di dunia dan akhirat..
Ya Allah..
Andai perkara ini membuatkan mereka benci dan marah kepadaku..
kuatkanlah aku untuk berdepan dengan mereka..
jadikanlah aku seorang yang sabar seperti sabarnya KEKASIHMU muhammad ketika dihalau dari Mekah..
ameen...
PENULIS,
IMTINAN BAHARUDIN
p/s:mohon maaf andai ada perkataan yang digunakan terlalu kasar dan menyakitkan hati...maafkan saya:)
BERSAMA- SAMA KESUSAHAN ADA KESENANGAN

Akibat Dengki tak pasal

Pada suatu hari, Amirul Mukminin didatangani oleh seorang Arab Badwi yang datang melawat. Amirul Mukminin menyambut kehadiran arab badwi itu dengan baik dan mesra, selari dengan anjuran Islam untuk memualiakan tetamu. Namun, layanan mesra Amirul Mukiminin terhadap arab badwi itu tidak disenangi oleh salah seorang menterinya. Menteri ini berasa iri hati tehadap arab badwi itu, tidak senang rasanya melihat orang luar menikmati kesenangan dengan begitu mudah sekali. Bagi meraikan kehadiran tetamunya, Amirul Mukminin telah menjemput Arab Badwi untuk bersembang bersamanya. Menteri yang jahat tadi diberikan tugas untuk memberitahu Arab Badwi tentang hal ini.. Menteri itu pergi ke rumah Arab Badwi untuk menyampaikan berita tersebut. Arab Badwi menyambut kehadiran Menteri dengan baik sekali, malah dihidangkan kepada Menteri hidangan makanan yang lazat. Ketika makan bersama, Menteri memerhatikan Arab Badwi tidak menjamah bawang putih. Apabila ditanya, Arab Badwi menerangkan bahawa dia mengikuti sunnah nabi untuk tidak memakan makanan yang menyebabkan mulut berbau. Lalu menteri yang licik ini merancang sesuatu agar arab badwi ini mendapat kesusahan. Sebelum pulang, Menteri memesan kepada Arab Badwi supaya memakan banyak bawang putih kerana Amirul Mukminin sangat sukakan bau bawang putih, sedangkan sebenarnya Amirul Mukminin tidak sukakan bau bawang putih sebagaimana nabi.

Maka tibalah hari pertemuan antara Amirul Mukminin dengan Arab Badwi. Kerana ingin memuliakan Amirul Mukminin, Arab Badwi tersebut telah memakan banyak bawang putih seperti yang dipesan oleh Menteri. Amirul Mukminin pun berbual panjang dengan Arab Badwi, walaupun mulut Arab Badwi itu sangat berbau. Setelah selesai berbual, Arab Badwi itu pun terus pulang ke rumahnya. Menteri mendekati Amirul Mukminin dan menyatakan bahawa Arab Badwi itu sengaja memakan banyak bawang putih sebelum datang kerana ingin menghina Amirul Mukminin. Apabila mendengar hal ini, Amirul Mukminin memanggil kembali Arab Badwi tersebut untuk bertemu dengannya. Kali ini Amirul Mukminin menyerahkan sepucuk surat kepada Arab Badwi, diarahkannya supaya Arab Badwi itu menyerahkan surat itu kepada menterinya(menteri lain, bukan yang jahat) yang tinggal di hujung kota. Menteri jahat itu mendengar perbualan mereka, lalu dia khuatir Amirul Mukminin berhajat untuk memberikan ganjaran kepada Arab badwi tersebut. Setelah keluar dari rumah Amirul Mukminin, Menteri merampas surat yang ada pada Arab Badwi itu dan pergi ke arah rumah menteri yang tinggal di hujung kota, Menteri jahat mengharapkan ada ganjaran yang bakal diberikan. Namun sebaik saja menteri(yang sorang lagi) membaca isi kandungan surat itu, dia terus memancung kepala Menteri jahat itu. Rupa-rupanya isi kandungan surat itu adalah supaya menteri yang tinggal di hujung kota itu memancung kepala pengirim surat tersebut. Dek kerana sifat tamak dan dengki, Menteri jahat itu telah menerima balasannya. Allah lebih tahu siapa sebenarnya yang harus dihukum lalu menggerakkan hati Menteri jahat itu supaya merampas surat dari Arab Badwi, lalu menerima hukuman yang tidak disangka-sangka. Amirul Mukminin juga tidak menyangka perkara ini akan berlaku namun Allah lebih tahu dan Allah itu Maha Adil. Diselamatkan Arab Badwi itu dari menerima hukuman seperti yang tertera di dalam surat itu.

Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran daripada kisah di atas.

Wallahua'lam

Iman! You are HIRE





Iman: Assalamualaikum


Diri: Waalaikummussalam..Oh,Encik Iman! Saya rsa dah 2 3 minggu kamu tak datang ke pejabat. kamu cuti ye!


Iman: Ape pula saya cuti bos. Saya kan diberikan cuti.


Diri: Oh ye. lupe..Itu la, saya ingatkan segala urusan akan lebih terurus dan keuntungan syarikat akan bertambah lepas ambil En. Nafsu kerja, tapi jadi kelam kabut plak. lepas dengar ustaz kat TV brrceramah hari tu, saya teringatkan kamu.


Iman: Jadi, saya boleh kembali bekerja la bos? Saya boleh ambil balik jawatan

saya dari En. Nafsu?


Diri: Eh, xboleh. saya sayang nak pecat En. Nafsu. Walaupun saya terpaksa membayar gaji yang tinggi, tapi dia berjaya menghiburkan saya.


Iman: Kalau macam tu, lebih baik saya berundur.


Diri: Eh, jangan! tolonglah saya. saya x boleh kehilangan kamu berdua.


Iman: Tapi bos, kami tak mungkin bersama dalam satu syarikat. Perbezaan antara kami sangat besar. En. Nafsu tu saya lihat anti sangat dengan saya.


Diri: Saya serba salah la pula


Iman: Bos boleh pilih satu je. Bos perlu mujahadah untuk pecat Encik Nafsu, bos

Diri: Saya tahu. Jauh dalam hati saya, saya memang perlukan kamu, Encik Iman.Iri hati saya tengok syarikat ustaz kat sebelah. Mereka boleh maju sebab ada orang macam kamu. Baiklah, saya kena pecat juga En. Nafsu, tak kiralah apa yang berlaku. En. Iman, saya mahu kamu tubuhkan balik jabatan solat, puasa,zikir,, Al- Quran dan apa- apa yang patut.


Iman: Alhamdulillah, nampaknya bos sudah buat keputusan yang bijak. Kalau bos teruskan prestasi yang cemerlang ni, saya yakin bos akan dinaikkan pangkat oleh CEO (Allah) sebagai muttaqin.


~KREDIT TO MAJALAH SOLUSI KELUARAN 13 :)

~JOM BELI SOLUSI!!!!!!!

dr imtinan membedah KAMBing...:)

Assalamualaikum wbt...

salam iduladha buat semua pengunjung blog ni..seronok x raya haji tahun ni??di sini saya ada sertakan gambar2 yang sempat diambil sewaktu membantu abg dan ayah saya melapah (xtaula btl x istilah ni) daging kambing, malam raya..best sangat..teruja sambut raya haji tahun ni..:)

SELAMAT MELIHAT SEGALA KEBESARAN ALLAH PADA KAMBING NI..:)





Inilah kambingnye...:)






nak buang perut dia ni....berat!






err..yang ni i xtau nak kata..





ada hati..hmm..apa lg ye..



sape tau ape y saya pegang ni..hmm



usus besar dan usus kecik..



paru-paru..


inilah jantungku..(kata kambing)




cantik x gigi saye??



tengah khusyuk tu..
nak tanggalkan kulit kambing..


Ini antara gambar- gambar yang sempat diambil.(sian kambing ni..redha jela yea)..terlalu banyak yang dapat dilihat!Subhanallah..rasalah sendiri pengalaman tu..seronok dan puas..kalau sebelum ni, tengok dari jauh dan xdapat nak sentuh, tapi kali ni saya sempat tolong abg dan ayah saya sendiri...sempatla tunaikan hajat waktu kecik, nak jadi doktor..:)..Kambing ni disembelih untuk akikah sepupu...Malam tu jugak kami masak kuzi...Alhamdulillah...


kami mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA IDULADHA BUAT SEMUA!!!!



keluarga bahagia dunia akhirat..ameen



Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam



p/s: InsyaAllah, sekiranya berkesempatan, kita akan kaji sama2 apa yang dimaksudkan dgn akikah dan juga ibadah korban...nantikan di post seterusnye, InsyaAllah...

Bismillah

Assalamualaikum.
Semoga dilimpahi rahmatNya sentiasa dan murah rezeki dunia dan akhirat..(rezeki dlm exam jugak kalau blh..huhu..)

Hari ni nak kongsi sikit dengan sahabat-sahabat sekalian sedikit ilmu tambahan yang InsyAllah dapat meningkatkan keimanan kita semua. Dengan ilmulah kita bertambah yakin dengan agama kita. Ilmu ni dikongsi oleh salah seorang sahabat jugak, nama dia Masyitah,CTS 2nd year, baru ja kenal dia tapi dah dapat nampak yang dia sangat banyak ilmu dan mengamalkan ilmu yang dia dapat. Semoga diri ni pun dapat istiqamah mengamalkan ilmu yang dikurniakan Allah.


Baiklah, hari ni nak cerita tentang kisah Pak Deraman. Suatu hari, Pak Deraman dan isterinya keluar rumah untuk memenuhi jemputan kenduri kahwen dari salah seorang sahabatnya. Depa naik kereta la ni. Pak Deraman dan isteri sangat gembira walaupun cuaca pada hari itu kurang baik, hujan lebat tak berhenti-henti sepanjang perjalanan. Malang sekali, perjalanan mereka tersekat kerana ada sebatang pokok yang sangat besar tumbang, menyekat laluan jalan raya. Pak Deraman dan isteri tak mudah mengeluh malah mereka redha dengan ujian ini kerana mereka yakin semuanya ini telah dirancang rapi dan sempurna oleh Allah, Tuhan Pencipta Alam. Pak Deraman pun jenguk-jenguk la ke luar tingkap bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang keadaan di luar. Pokok itu kelihatan sangat besar dan sudah tua.

“Mungkin tumbang sebab dah tua sangat”..

Pak Deraman terus meneliti pokok tersebut..alangkah terkejutnya Pak Deraman apabila didapatinya ada 3 orang budak yang berdiri di sebelah pokok yang tumbang itu! Lantas Pak Deraman pun terus turun dari keretanya dan bergegas ke arah 3 tubuh itu. Alangkah terkejutnya Pak Deraman lagi, apabila dia menyedari 3 orang budak itu bukanlah orang, tetapi 3 EKOR ANAK SYAITAN sedang menangis di sisi pokok besar itu..(wuu…takot tak..dahla tengah hujan..takla, buat pa nak takut kan, takut hanya pada Allah)..kerana keimanan yang agak tinggi la dalam diri Pak Deraman, dia tak berasa takut dan cabut lari, malah timbul pula rasa simpati melihatkan 3 ekor anak syaitan ini menangis-menangis dalam hujan yang lebat itu.
Lalu Pak Deraman pun bertanya kepada anak-anak syaitan itu,

“Awat hampa tiga ekoq menangis kat bawah pokok tengah-tengah hujan ni???”(Pak Deraman orang utagha)

Jawab salah seekor dari anak syaitan itu,
“Wuuu..rumah kami roboh..mak dan ayah takdak..depa pi kenduri tak balik lagi..waaaaaaaa!!!!kami sejuk!!!!lapaq!!!”(rupanya anak syaitan ni pun origin utagha jugak)

Maka fahamlah Pak Deraman bahawa pokok besar yang tumbang itu adalah rumah anak-anak syaitan rupa-rupanya. Pak Deraman ingin membantu anak-anak syaitan ini maka ditanya lagi,

“Depa p kenduri kat mana?”

Anak syaitan pun menunjukkan alamat rumah kenduri yang dimaksudkan. Alangkah terkejutnya lagi Pak Deraman apabila mendapati alamat rumah tersebut sama dengan alamat rumah kenduri yang mereke juga ingin pergi.

“La..ni rumah yang sama kami nak pi. Takpa-takpa, maih pak cik tolong carikan makbapak hampa.”

Anak-anak syaitan itu melompat keriangan. Lalu digambarkan kepada Pak Deraman rupa paras mak syaitan dan ayah syaitan supaya mudah dicam oleh Pak Deraman nanti. Bermacam-macam gambaran yang diberikan sampai pening kepala Pak Deraman..yang ayah tu pakai rantai tulang la..apa la..macam-macam lagi la..Namun Pak Deraman khuatir dia tidak dapat melihat ayah syaitan dan mak syaitan di kenduri itu nanti. Salah seekor anak syaitan ni pun berikan Pak Deraman sejenis celak, jika dipakai celak itu, Pak Deraman dan isteri akan mampu melihat semua syaitan-syaitan dalam dunia ni.

Maka Pak Deraman pun meneruskan perjalanan mereka ke rumah kenduri dengan niat untuk makan and carikan mak syaitan dan ayah syaitan..setibanya di rumah kenduri, Pak Deraman dan isteri pun memakai celak tersebut.(depa tak pakaila awal-awal..satgi nampak macam2 plak tengah jalan kan)..Alangkah terkejutnya Pak Deraman dan isterinya apabila melihat betapa banyaknya syaitan-syaitan yang menghadiri kenduri tersebut!! Melebihi manusia yang pergi ke sana. Syaitan-syaitan ini kelihatan begitu seronok melompat ke sana sini, melompat dari sepinggan nasi ke sepinggan nasi yang lain. Pinggan nasi yang orang tengah makan pulak tu. Ada yang melahap-lahap makanan tersebut dan meluahkannya semula. Syaitan-syaitan ini begitu riang gembira menjamu makanan yang dimakan manusia itu. Namun ada juga beberapa manusia lain yang pinggan nasinya tidak diganggu oleh syaitan-syaitan tadi..Fahamlah Pak Deraman bahwa syaitan yang melompat itu hanya melompat-lompat di atas pinggan nasi manusia yang tak baca Bismillah sebelum makan. Alangkah dahsyatnya sebenarnya keadaannya apabila kita makan tak baca Bismillah kan..ok, sambung cerita..

Di antara syaitan-syaitan yang sedang berpesta itu, Pak Deraman nampakla seekor syaitan yang menyerupai gambaran ayah syaitan, maka Pak Deraman pun memanggil syaitan tersebut dan menceritakan perihal anak-anak syaitan. Dalam pada waktu yang sama, isteri Pak Deraman pergi mencari mak syaitan pula. Puas dicarinya di merata tempat tapi tak jumpa jugak. Akhirnya, isteri Pak Deraman Berjaya juga menemui mak syaitan itu..cuba teka kat mana? Haa..jawapannya..mak syaitan tu sedang berada di dalam bilik pengantin, sedang seronok bersolek bersama-sama pengantin perempuan dengan solekan yang bermacam-macam. Fahamlah isteri Pak Deraman bahawa perumpamaan wanita yang bersolek berlebih-lebihan itu sebenarnya bersolek bersama dengan syaitan..na’uzubillahimin zaalik..

Begitulah ceritanya Pak Deraman dan isterinya nak pi makan kenduri. Maka fahamlah kita semua pun, pase pa kita disunatkan baca Bismillah sebelum makan, ianya sebagai benteng daripada gangguan dan pengaruh syaitan. Sebenarnya bukan setakat Bismillah sebelum makan, tapi banyak lagi doa-doa amalan harian yang Nabi ajar. Islam itu menyeluruh, setiap gerak geri kita ada disebut dalam Islam, bukan untuk menyukarkan tapi membuktikan yang Islam ni agama yang sangat menitikberatkan hubungan hamba dengan Tuhannya, hatta setiap gerak geri pun seorang hamba perlu menyebut nama Tuhannya, betapa kasihnya seorang hamba kepada Tuhannya. Sama-samalah kita cuba mangamalkan gaya hidup sebagai seorang muslim yang sejati. Semoga setiap amal yang dilakukan menjadi Ibadah yang menjadi bekalan kita di 'sana' nanti.

Wallahua'lam.

Ladang akhiratku...

Segala puji-pujian hanya untuk Allah..tuhan sekalian alam..


Dialah ibuku,ibuku,ibuku dan ayahku yang amat kukasihi.
sengaja ku tulis mengenai kalian..moga kalian sentiasa di bawah rahmatNYA..
ingin ku ajak adik-beradikku yang mungkin membaca coretanku, juga sahabat2ku untuk menghargai nikmat yang dihadiahkanNYA ini..


YA ALLAH, AMPUNILAH DOSA KEDUA IBU BAPAKU, YANG MENJAGA DAN MEMELIHARAKU SEJAK KECIL..

KASIHANILAH MEREKA BERDUA YA ALLAH..

ERATKANLAH KASIH SAYANG ANTARA MEREKA BERDUA YA ALLAH,

JADIKANLAH IBUKU SEORANG ISTERI YANG SOLEHAH,YANG MENTAATI SUAMINYA..

JUA ENGKAU JADIKANLAH AYAHKU SEORANG SUAMI YANG BERTANGGUNGJAWAB YA ALLAH..

YA RAHMAN, YA RAHIM..

BAHAGIAKANLAH KEHIDUPAN MEREKA DUNIA DAN AKHIRAT..
MASUKKANLAH MEREKA KE DALAM SYURGAMU..TEMPAT TINGGAL KEHORMATANMU..



p/s: Gambar di atas adalah gambar ibu bapaku bersama kakakku(aish..sibuk je cik kak sorang ni)..uhibbukum...

Jelaskan Kembali Matlamatmu Wahai Pejuang

Assalamualaikum..semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan-Nya..ameen

Syukur Alhamdulillah.sesungguhnya setiap ketentuan Allah tu ada hikmatnya. Malam ni berlaku satu insiden yang tak dijangka dan agak menensionkan..huhu..ditakdirkan Allah, malam ni sahabat baikku, Imtinan terlepas bas untuk ke kelas, jadi terpaksa la dia jalan kaki punya la jauh dari Mahallah ke KOS (Kulliyyah of Science), amek masa dalam 15-20 minit jugakla. Disebabkan dah terlalu malam untuk anak dara jalan sorang malam-malam ni, Im pun ajak la saya temani dia jalan kaki ke KOS (..baru ja ingan nak landing..tp xpala, buat kebajikan utk sahabat..waaa..)..sepanjang perjalanan tu, saya cuba memujuk diri dan Imtinan agar bersabar dengan dugaan yang kecik ni, memang la sedih kan, tapi kita semua yakin InsyAllah pasti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu sebab Allah tu Maha Sempurna kan..baru 5 min kami jalan kaki, ada la sebiji keta akak senior ni brenti, tumpangkan kitorang ke KOS, Alhamdulillah..rahmat Allah tu terlalu luas…jadi tak perlu la kami jalan jauh sangat.."Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang bersabar"..nak tau apa hikmah di sebalik kejadian ni?.hikmahnya, saya terbuka hati nak update blog ni..hahaha..kalau tak ntah bila la nak ada masa update..ok la..panjang plak intronya..

Sebenarnya nak crita pasal matlamat..umm…dah banyak dah blog sahabat-sahabat yang saya baca, berkongsi tentang pengalaman mereka melangkah ke dalam dunia baru, IIUM Kuantan and IIUM Gombak..ada yang gembira, ada yang penat..ada yang bosan…ada yang rindu nak balik umah (im slalu nak balik)..ada jugak yang rindukan sahabat-sahabat kat Gombak sampai nangeh-nangeh..macam-macam ragam manusia la..tapi ada sesetengh ragam yang saya kurang senang sikit,sikit ja tak banyak. Iaitu, sikap segelintir pelajar yang macam nak tak nak ja dtg ke kelas utk blajar. Saya akui, kadang-kadang ada jugak diri ni rasa macama tu. Rasa macam liat ja nak pi kelas, macam malas ja nak terima hakikat kena jalan kaki jauh andai terlepas bas. Kalau lecturer umukan kelas batal, wah..bukan main seronok lagi. Apatah lagi baru-baru ni KOS ditutup seminggu lantaran influenza ni. Nak balik semula ke UIA, aduuuh..liatnya.. Hari ini aku sedar betapa burukya sikap ni sebenarnya..

Sahabat, cuba kita tanya diri kita kembali. Kenapa kita berada di sini? Kenapa kita berhempas pulas bangun awal setiap pagi untuk ke kelas tetapi mengharapkan kelas dibatalkan? Pernah tak kita masak kek tapi kita mengharapkan kek tu hangus? Mesti tak kan, tapi kenapa sikap kita perlu begitu dalam pelajaran? Pelik bukan. Adakah kita hanya sekadar melepaskan batuk di tangga? Setiap hari, bangun pagi, siapkan assignment, hantar assignment, perut lapar makan, sakit perut pi toilet, badan busuk mandi, badan letih rehat, rasa bosan cari hiburan, mata penat tidoq, esok bangun lagi buat perkara yang sama..Adakah kita hanya sekadar mengikut arus kehidupan? Tanpa mengetahui apa sebenrnya kehendak dan arah tuju kita? Tidak! Katakan tidak pada sikap yang begini. Kita bukannya robot. Kita diciptaakan Allah dengan tujuan dan tanggungjawab yang lebih besar dari ini. Ya, lahirnya kita ke dunia ini, bersama dengan tanggungjawab yang harus dipikul.

"Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia.."    

Surah Al-Ahzab : 72

Sahabat, selalulah ingatkan diri kita akan hakikat ini. Hakikat yang telah ditakdirkan Pencipta untuk ciptanNya yang agung. Tiada siapa yang dapat lari dari tanggungjawab melainkan dia memilih jalan kekalahan buat dirinya.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar. Niscaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh dia menang dengan kemenangan yang agung."

Surah Al-Ahzab : 70-71

Amanat yang dimaksdkan adalah amanat sebagai khalifah di muka bumi ni. Bagaimana? Hmm..sebenarnya belajar juga merupakan salah satu caranya. Belajar ini juga merupakan suatu amanat untuk kita, maka laksakanlah ia dengan baik kerana jika tidak, kita sangatlah rugi. Sedang sahabat-sahabat kita di Palestin bgitu mudah mendapatkan syahid fi sabilillah, takkan kita nak duduk saja dan cakap, "takpala..depa kat sana bolehla mati syahid,kita tak mampu.".. alasan ini harus kita tepis jauh-jauh dari kotak fikiran kita. Belajar juga meupakan jihad fi sabilillah,malah apa saja yang kita lakukan denga bersungguh-sungguh iklas kerana Allah adalah dikira sebagai fi sabilillah. Andai kita bekerja sebagai seorang tukang masak pn boleh lagi dikatakan jihad denga syarat bersungguh-sungguh dan tulus ikhlas kerana Allah. Jadi tukang cuci jamban pn boleh.

Jika berperang di medan perang itu mulia, maka sesunggunhya menuntut ilmu itu juga mulia. Dengan ilmulah Allah mengangkat darjat kita. Dengan ilmulah kita lebih mengenal Tuhan. Remaja Palestin berjuang memenangi Yahudi dalam mengusai baitul maqdis, maka kita di sini, berebutla untuk menguasai bidang ilmu masing-masing agar Islam dipandang tinggi dalam semua bidang. Ini juga sebuah perjuangan. Lahirkanlah pakar-pakar Islam dalam bidang perubatan, supaya tak perlu lagi kita bergantung kepada perubatan barat yang lebih advance. Lahirkanlah pakar-pakar Islam dalam kejuruteraan, supaya kita mampu membina technology kita sendiri yang akan menguntungkan ekonomi umat Islam apabila kaum lain membelinya dari kita. Lahirkanlah pakar-pakar Islam dalam bidang saintis,agar segala rahsia alam yang Allah ciptakan untuk kita sebagai khalifah dapat kita terokai dan hayati, supaya kebesaran Ilahi itu dapat kita buktikan bagi menambahkan lagi keyakinan. Ilmu itu sebenarnya sangat penting dan terlalu mulia dalam Islam.

Jadi sahabat-sahabat, jangan terus biarkan diri anda berada dalam kerugian dan kelalaian. Sedarlah bahawa kita sama-sama memikul taggungjawab ni. Ketahuilah bahawa belajar adalah salah satu wadah untuk kita juga menang dalam melaksanakan tugas ini. Maka bersungguh-sungguh la dalam menuntut ilmu.

Usah mengeluh lagi andai ada kelas ganti,anggaplah itu sebagai bonus tambahan dari Allah supaya kita dapat laksanakan tanggungjawab ni dengan baik.

Jangan lagi mengharapkan kelas cancel,tapi harapkanlah lecturer datang awal dan habiskan kelas tepat pada waktunya supaya kita dapat banyakilmu dari kelas pada hari tu.

Jangan asyik membayangkan katil sahaja setelah tamat kelas, tapi mulalah berfikir bagaimana untuk kita menguasai dan memanfaatkan subjek yang baru belajar tadi, supaya kita tak ketinggalan dan sentiasa cemerlang dlm bidang masing-masing.

Bersungguh-sungguhlah dalam menyiapkan assignment,kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Berhenti mengeluh dan menyalahkn lecturer tanpa kaji selidik,kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar apa yang kamu katakn malah bisikkan dalam hatimu.

Ayuh, positifkan sikap kita terhadap ilmu, ubah persepsi kita terhadap suasana sekeliling. Jangan hanyut dalam arus suasana,tetapi jadilah arus yang merubah suasana.Gunakan ruang,peluang dan persekitaran kita dengan sebaiknya untuk kita mengumpul bekalan akhirat. Jangan biarkan buku amalan kita dipenuhi dengan catatan amalan yang sia-sia. Jalankanlah amanat ini dengan sebaik mungkin, kerana kita tak mungkin mampu untuk memberikan sebarang alasan andai kita disoal di akhirat kelak.

"Wahai orang-oang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan."

    Surah Al-Hasyr : 18

Wallahu ta'ala a'lam..semoga sentiasa beroleh taufiq dan hidayah-Nya agar hidup ini sentiasa berada dalam keredhaan-Nya.amiin.

Malaysia oh malaysia..

Assalamualaikum buat semua pengunjung blog ini..kaifa halukum jamian?Alhamdulillah, nahnu bikhoir..moga kalian juga sihat juga hendaknya..tulisan kali ini mungkin bersifat emosional jugakla...emosional yang bertempat,InsyaAllah..hehe..bukan ape,baru2 ini, sewaktu berada di rumah, sempat la tengok siaran langsung majlis tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa..rasa malu+tercabar+geram semua ada..waktu tu, majlis penyampaian hadiah...hari terakhir majlis tersebut..nak dijadikan cerita,bila MC sebut je johan qari dan qariah tu, excited la jugak kan..alhamdulillah, syarifah khasif menang mewakili peserta qariah Malaysia...yang agak xseronoknya, bila dengar hadiah yang beliau dapat cuma berbelas ribu..kalau tak silap.14,339 kot..kalu silap minta maafla..

rasa terkilan yang teramat..waktu tu, memang saya n adik yang tengok time tu, rasa malu sangat dengan kerajaan MALAYSIA..adik saya cakap."ish..xde penaja ke untuk tilawah ni" lebih kurang camtu la..dia sambung lagi.."kalau minta derma RM1 sorang dengan rakyat malaysia pun takpe..ramai nak bagi.."..

kami rasa terkilan dan malu kerana ini merupakan majlis tilawah Al-Quran yang seharusnya dibanggakan seluruh rakyat Malaysia..ramai saudara2 kita dari pelbagai negara datang..johan qari dari iraq tak silap..sanggup datang untuk majlis ini...rancangan realiti boleh dapat duit yang lagi banyak...ONE IN A MILLION,MENTOR, BINTANG KECIL antara program yang mendapat pulangan yang banyak bagi pesertanya..kenapa tidak kita support program keagamaan kita...
LU FIKIRLA SENDIRI..

satu lagi, permaisuri kedah yang datang untuk bagi hadiah time tu plak pakai selendang..aish..bertambah la geramya..jadilah contoh kepada orang-orang bawahan..

saya menyeru diri saya dan sahabat2 yang lain untuk kita sama-sama bantu program-program keagamaan atau ape2 saje program yang dapat membantu umat Islam keseluruhannya..xdapat bantu banyak, sikit pun jadilah..perbaikilah diri kita sentiasa supaya setiap mata yang memandang kita akan sejuk melihat kita dan terus ingat akan ALLAH..

ALLAHUMMAJ AL NI NURAN...
WAKALAMI NURAN...
KA NURI YUSUF ABADAN ABADA..
FAMAN ROANI YUHIBBUNI WAYAZKURUK...
AMEEEN......

maaf terlalu emosional..wassalam..

Akhirnya...

Assalamualaikum buat semua sahabat-sahabat dan kenalan..Alhamdulillah, kali ini berkesempatan untuk mencoret sedikit sebanyak di laman ini..apa khabar semua? diharap semua sihatlah ye hendaknya..kami di kuantan ni agak risau juga,maklumlah dengan keadaan jerebu dan H1N1 yang makin menular sekarang..apepun, ambillah langkah berjaga-jaga..kat cni dah macam trend plak pakai 'mask'..sampai ada yang kata; "jom pakai mask nak..nampak macam best je.."..ragam manusia..bermacam2..terima jela...

ok..terus fokus pada isi penting..=)..Pertamanya..saya nak minta maaf pada sahabat yang dikasihi, syira yang meminta saya menceritakan dengan terperinci tentang kematian sahabat sekelas saya minggu lepas..minta maaf sangat2 syira..im xreti nak bercerita..hehe..bukan xreti sebenarnya, cuma sepanjang minggu lepas, wajah arwah sebelum dan selepas kematian masih xdapat dilupakan..disebabkan im mempunyai imiginasi yang agak tinggi, im 'TERFIKIR' jauh dari tu..jadi, tak nak buka dah cerita ni sebab nak pulihkan semangat tu amik masa.huhu..

kedua..Tahniah untuk sahabat kesayangan kami berdua..NUR AIDA MD SUHAIMI yang dapat anugerah pelajar terbaik di IIC..mantooooooooop aida...hehe..suke betul mengusik aida..tahniah aida..maila datang kuantan..bg 'ceramah' kat im..huhu..tahniah jugak untuk syira yang sentiasa maintain dengan pointer yang teramatla mantap...

to imtinan: Jangan ucap tahniah je..contohilah sahabat2 anda tu ye...(pesanan pada diri sendiri)

yang ketiga dan terakhir.."SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK" untuk semua umat ISLAM di dunia ini..kami berdua minta maaf banyak2 jikalau ada perkataan atau perbuatan kami yang tidak menyenangkan hati anda yang kami lakukan dalam keadaan sedar mahupun xsedar....maaf sangat2...kami berdua InsyaALLAH memaafkan kalian semua dan moga kalian semua pun begitu hendaknya...ameen..

sabda Rasulullah s.a.w.."Telah tiba kepada kamu bulan RAMADHAN iaitu bulan yang penmuh keberkatan. ALLAH telah mewajibkan ke atas kamu berpuasa pada bulan itu"..(HAdith Riwayat Ahmad).

...........moga ketemu lagi ya..InsyaALLAH.....






PPSMI: alhamdulilah

pemansuhan PPSMI adalah hadiah untuk kita semua.

P/S: Jikalau sekarang kita berjuang untuk memartabatkan bahasa melayu,mungkin kita juga boleh jugak berjuang untuk memartabatkan bahasa Al-Quran, yakni bahasa Arab..jikalau ramai yang berlumba untuk mempelajari bahasa-bahasa asing yang lain, kenapa tidak kita cube untuk mempelajari bahasa arab..yang pastinya menjanjikan pulangan yang lumayan untuk kita jika kita mampu menguasainya..Alangkah beruntungnya orang yang dapat memahami bahasa Arab dan dapat menguasainya..adakah kita ingin termasuk dalam golongan yang beruntung tu??? peringatan untuk diri..same2 fikirkan..wallahua'lam..

kata pepatah:sedikit-sedikit.lama2 jadi bukit..

mari perhatikan bersama...


Lihatlah haiwan yang diberi nyawa tetapi tidak diberikan akal...


Lihatlah kejadian alam yang tidak diberi nyawa serta akal seperti gunung,batu,bulan,matahari
tetapi masih boleh bergerak mengikut hukum yang telah ditetapkan Tuhan..

Lihatlah makhluk seperti malaikat yang sentiasa patuh kepada Tuhan tanpa banyak soal sehingga hari kiamat...

Lihatlah makhluk seperti syaitan yang tidak diberi peluang oleh Allah untuk bertaubat hingga hari kiamat...

Lihatlah makhluk seprti jin yang hidup persis manusia tetapi dijadikan alam yang tidak kelihatan..

Lihatlah manusia yang diberi nyawa dan akal dan menyerahkan kepada manusia itu sendiri untuk menentukan nasibnya, samada untuk berbuat baik atau jahat, untuk berjaya atau gagal...

=)..Teringat kata2 cikgu Amidi time pegi program ABIM..manusia sangat special sebab kita MERDEKA..kita diberi hak untuk membuat keputusan atas diri kita..sebab kita diberi akal..untuk tentukan yang mana baik dan buruk..berbeza dengan benda lain...baju cthnya..boleh ke baju cakap, "jangan pakai aku hari ni..pakai baju yang lain"... xboleh kan???..itulah istimewanya kita..atas sebab keistimewaan itulah..kita diberi tanggungjawab yang sangat berat..sebagai hamba dan khalifah...

Semuanya melibatkan pemerhatian..
kerana dengan memerhati..kita akan lebih dekat denganNYA..
perhatikanlah apa yang ada di sekeliling kita..
mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bersyukur atas nikmatnya...

Salam perantau...


Bismillahirrahmanirrahim...

....Sambungan....

pada hari yang sama jugak, selepas melawat cikgu kesayangan kami, kami ke destinasi terakhir..
rumah sahabat kami..Fazliyana Izzati Za'abar..Baru balik dari luar negara ni..Faz amik bidang fizik di Universiti Pittsburgh(kalu salah eja, m.maafla)..fresh lagi...xsampai semalaman kat rumah..:)..Dia cuti 2 bulan..bagi yang xdapat jumpa lagi tu, silakanlah ye..

Banyak yang sempat dikongsikan..pengalaman kat sane,cara belajar, kehidupan kat sana dll..banyak sangat nak cerita..sempat jugak tengok gambar2 faz kat sane..tu pun xhabis tengok..

Untuk pengetahuan semua,sahabat saya ni pelajar cemerlang 12A1 SPM..Alhamdulillah, syukur dipanjatkan pada Allah punyai teman sebaiknya..

" ...Pada hari shbt2 karib, sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang2 yang persahabatannya berdasarkan TAQWA."

Ya Allah..kadang2 sahabatku ini lemah,maka KAU kuatkanlah..
Kadang2 dia resah, maka tenangkanlah..
kadang2 dia gentar, maka campakkanlah keberanian dalam hatinya..
Dia meminta, maka kabulkanlah..
Dia menuntut ilmuMu, maka faqihkanlah..
Dia sangat sayang padaMu, maka sayangilah dia..

~to Fazliyana..Doakan kami semua...

Hadiah DariNya...

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan izinNya,saya sempat berjumpa dengan 3 insan yang sgt istimewa dalam hari yang sama...nak tau siapa, kenala baca sampai habis..entri ni bukan ditulis untuk bercerita tentang insan tersebut, tetapi lebih kepada mencari kasih sayang Allah pada kita...

sapa agaknya ye...

seawal jam 6.30 pagi saya 'dipaksa' untuk terus bersiap-siap untuk ke sekolah lama saya..SMA Al-Ihsan..ada ceramah kat sekolah waktu tu..penceramahnya ialah Ustazah Siti Nurbahyah Mahmood dan suami,Ustaz Wan Akasyah...Inilah salah seorang insan istimewa yang saya maksudkan tadi..beliau menyampaikan ceramah yang bertajuk "penyejuk mata"..

Ini antara nasihat dan tips yang ingin dikongsikan..
Amalkan 7 'S' dan tinggalkan 7"M' kalu kita betul2 serius nak berubah...

  • SOLAT (ada tips untuk khusyuk, tapi lain kalilah..lg bagus,kita cr sendiri..)
  • SYUKUR -kita expresskan melalui lidah(zikir),hati dan perbuatan (amalan)
  • SALAM
  • SAYANG
  • SABAR
  • SUNGGUH-SUNGGUH ( ni tips y paling penting..sebab kdg2 kita xseserius mane pun nak berubah)
  • SOLEH+SOLEHAH
ni plak 7 "M"..ni kena tinggal, jgn kita amal plak..buruk padahnya..sambil2 tu,kita muhasabah dan besar2kan mata...kot2 la ada sifat ni dalam diri kita...

  • Malas (kata ustzh,kalu sape ada pyakit ni,memg xboleh ubat..sape ada ubat,blhla gtau..)
  • Melakukan perkara yang sia2
  • Mengumpat
  • Marah
  • Makan makanan yang shubhah
  • Membuang masa
  • Menderhaka Allah,Rasul, ibu bapa dll...
(Ala..dah tau dah pun sume ni...dah banyak kali dengar ustazah cakap..)..mungkin kita sume pernah tau dah sume ni..tinggal nak buat je lg...

Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 69..
"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, benar2 kami akan tunjukkan kepada mereka jalan2 kami. Sesungguhnya Allah benar2 beserta orang-orang yang berbuat baik"

~Semoga kita diberi kekuatan untuk berubah menjadi yang lebih baik..~