Keindahan Alam Ciptaan Tuhan

SubhanAllah

product

Alhamdulillah

product

Allahuakbar

product

Bismillah

Assalamualaikum.
Semoga dilimpahi rahmatNya sentiasa dan murah rezeki dunia dan akhirat..(rezeki dlm exam jugak kalau blh..huhu..)

Hari ni nak kongsi sikit dengan sahabat-sahabat sekalian sedikit ilmu tambahan yang InsyAllah dapat meningkatkan keimanan kita semua. Dengan ilmulah kita bertambah yakin dengan agama kita. Ilmu ni dikongsi oleh salah seorang sahabat jugak, nama dia Masyitah,CTS 2nd year, baru ja kenal dia tapi dah dapat nampak yang dia sangat banyak ilmu dan mengamalkan ilmu yang dia dapat. Semoga diri ni pun dapat istiqamah mengamalkan ilmu yang dikurniakan Allah.


Baiklah, hari ni nak cerita tentang kisah Pak Deraman. Suatu hari, Pak Deraman dan isterinya keluar rumah untuk memenuhi jemputan kenduri kahwen dari salah seorang sahabatnya. Depa naik kereta la ni. Pak Deraman dan isteri sangat gembira walaupun cuaca pada hari itu kurang baik, hujan lebat tak berhenti-henti sepanjang perjalanan. Malang sekali, perjalanan mereka tersekat kerana ada sebatang pokok yang sangat besar tumbang, menyekat laluan jalan raya. Pak Deraman dan isteri tak mudah mengeluh malah mereka redha dengan ujian ini kerana mereka yakin semuanya ini telah dirancang rapi dan sempurna oleh Allah, Tuhan Pencipta Alam. Pak Deraman pun jenguk-jenguk la ke luar tingkap bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas tentang keadaan di luar. Pokok itu kelihatan sangat besar dan sudah tua.

“Mungkin tumbang sebab dah tua sangat”..

Pak Deraman terus meneliti pokok tersebut..alangkah terkejutnya Pak Deraman apabila didapatinya ada 3 orang budak yang berdiri di sebelah pokok yang tumbang itu! Lantas Pak Deraman pun terus turun dari keretanya dan bergegas ke arah 3 tubuh itu. Alangkah terkejutnya Pak Deraman lagi, apabila dia menyedari 3 orang budak itu bukanlah orang, tetapi 3 EKOR ANAK SYAITAN sedang menangis di sisi pokok besar itu..(wuu…takot tak..dahla tengah hujan..takla, buat pa nak takut kan, takut hanya pada Allah)..kerana keimanan yang agak tinggi la dalam diri Pak Deraman, dia tak berasa takut dan cabut lari, malah timbul pula rasa simpati melihatkan 3 ekor anak syaitan ini menangis-menangis dalam hujan yang lebat itu.
Lalu Pak Deraman pun bertanya kepada anak-anak syaitan itu,

“Awat hampa tiga ekoq menangis kat bawah pokok tengah-tengah hujan ni???”(Pak Deraman orang utagha)

Jawab salah seekor dari anak syaitan itu,
“Wuuu..rumah kami roboh..mak dan ayah takdak..depa pi kenduri tak balik lagi..waaaaaaaa!!!!kami sejuk!!!!lapaq!!!”(rupanya anak syaitan ni pun origin utagha jugak)

Maka fahamlah Pak Deraman bahawa pokok besar yang tumbang itu adalah rumah anak-anak syaitan rupa-rupanya. Pak Deraman ingin membantu anak-anak syaitan ini maka ditanya lagi,

“Depa p kenduri kat mana?”

Anak syaitan pun menunjukkan alamat rumah kenduri yang dimaksudkan. Alangkah terkejutnya lagi Pak Deraman apabila mendapati alamat rumah tersebut sama dengan alamat rumah kenduri yang mereke juga ingin pergi.

“La..ni rumah yang sama kami nak pi. Takpa-takpa, maih pak cik tolong carikan makbapak hampa.”

Anak-anak syaitan itu melompat keriangan. Lalu digambarkan kepada Pak Deraman rupa paras mak syaitan dan ayah syaitan supaya mudah dicam oleh Pak Deraman nanti. Bermacam-macam gambaran yang diberikan sampai pening kepala Pak Deraman..yang ayah tu pakai rantai tulang la..apa la..macam-macam lagi la..Namun Pak Deraman khuatir dia tidak dapat melihat ayah syaitan dan mak syaitan di kenduri itu nanti. Salah seekor anak syaitan ni pun berikan Pak Deraman sejenis celak, jika dipakai celak itu, Pak Deraman dan isteri akan mampu melihat semua syaitan-syaitan dalam dunia ni.

Maka Pak Deraman pun meneruskan perjalanan mereka ke rumah kenduri dengan niat untuk makan and carikan mak syaitan dan ayah syaitan..setibanya di rumah kenduri, Pak Deraman dan isteri pun memakai celak tersebut.(depa tak pakaila awal-awal..satgi nampak macam2 plak tengah jalan kan)..Alangkah terkejutnya Pak Deraman dan isterinya apabila melihat betapa banyaknya syaitan-syaitan yang menghadiri kenduri tersebut!! Melebihi manusia yang pergi ke sana. Syaitan-syaitan ini kelihatan begitu seronok melompat ke sana sini, melompat dari sepinggan nasi ke sepinggan nasi yang lain. Pinggan nasi yang orang tengah makan pulak tu. Ada yang melahap-lahap makanan tersebut dan meluahkannya semula. Syaitan-syaitan ini begitu riang gembira menjamu makanan yang dimakan manusia itu. Namun ada juga beberapa manusia lain yang pinggan nasinya tidak diganggu oleh syaitan-syaitan tadi..Fahamlah Pak Deraman bahwa syaitan yang melompat itu hanya melompat-lompat di atas pinggan nasi manusia yang tak baca Bismillah sebelum makan. Alangkah dahsyatnya sebenarnya keadaannya apabila kita makan tak baca Bismillah kan..ok, sambung cerita..

Di antara syaitan-syaitan yang sedang berpesta itu, Pak Deraman nampakla seekor syaitan yang menyerupai gambaran ayah syaitan, maka Pak Deraman pun memanggil syaitan tersebut dan menceritakan perihal anak-anak syaitan. Dalam pada waktu yang sama, isteri Pak Deraman pergi mencari mak syaitan pula. Puas dicarinya di merata tempat tapi tak jumpa jugak. Akhirnya, isteri Pak Deraman Berjaya juga menemui mak syaitan itu..cuba teka kat mana? Haa..jawapannya..mak syaitan tu sedang berada di dalam bilik pengantin, sedang seronok bersolek bersama-sama pengantin perempuan dengan solekan yang bermacam-macam. Fahamlah isteri Pak Deraman bahawa perumpamaan wanita yang bersolek berlebih-lebihan itu sebenarnya bersolek bersama dengan syaitan..na’uzubillahimin zaalik..

Begitulah ceritanya Pak Deraman dan isterinya nak pi makan kenduri. Maka fahamlah kita semua pun, pase pa kita disunatkan baca Bismillah sebelum makan, ianya sebagai benteng daripada gangguan dan pengaruh syaitan. Sebenarnya bukan setakat Bismillah sebelum makan, tapi banyak lagi doa-doa amalan harian yang Nabi ajar. Islam itu menyeluruh, setiap gerak geri kita ada disebut dalam Islam, bukan untuk menyukarkan tapi membuktikan yang Islam ni agama yang sangat menitikberatkan hubungan hamba dengan Tuhannya, hatta setiap gerak geri pun seorang hamba perlu menyebut nama Tuhannya, betapa kasihnya seorang hamba kepada Tuhannya. Sama-samalah kita cuba mangamalkan gaya hidup sebagai seorang muslim yang sejati. Semoga setiap amal yang dilakukan menjadi Ibadah yang menjadi bekalan kita di 'sana' nanti.

Wallahua'lam.

No Response to "Bismillah"