Keindahan Alam Ciptaan Tuhan

SubhanAllah

product

Alhamdulillah

product

Allahuakbar

product

Nah! untuk kamu..^ - ^








Bunga.

Pernah dapat sekali.Sewaktu di matrikulasi PJ,hadiah daripada sahabat,DJ..^ - ^. Tapi bukan bunga tulip.Bunga ros merah. ^ - ^.bunga hidup tu!IBukan senang nak dapat.Senyum sampai ke telinga waktu dapat.haha..nampak sangat tak pernah dapat bunga sepanjang 22 tahun ni.

Apa kaitan yang nak diceritakan di sini??

Tengah 'down',tiba-tiba teringat bunga. Rasanya manusia ni macam bunga juga. Ada waktunya terasa diri begitu lemah. Semua yang dibuat serba tidak menjadi. Namun,itulah hakikat kita manusia. Iman yang mudah saja turun naik. 'Kembang'nya dengan amal kebaikan yang dilakukan dan 'kuncup'nya jika amal yang semakin berkurang.



Orang mukmin yang sebenarnya,apabila ditimpa ujian,erat benar hubungannya dengan Allah. Sentiasa mencari sebab dan alasan yang kukuh untuk terus kembali 'mekar'.Tidak terus membiarkan diri berada di zon yang selesa bagi syaitan untuk menjatuhkannya.

Seperti menjaga bunga,menjaga iman agar terus berada di puncak bukanlah suatu perkara mudah. Perlu sentiasa dijirus agar dapat tumbuh dengan baik. Perlu juga dibuang 'tumbuhan-tumbuhan' liar dan serangga yang melingkari sekelilingnya. Jika semuanya dijaga dan diperhatikan dengan baik,maka jadilah orang mukmin itu sehebat dan secantik bunga matahari.
Nama pun bunga matahari. Ibarat matahari,memberi 'cahaya' di kala kegelapan.



Mahu kembali mekar.doakan!^ - ^

p/s: Untuk DJ,kalau kamu baca entri ni, ketahuilah yang im sangat teruja dapat bunga dari kamu..haha..terima kasis dj!terharu!!

Marah-marah sayang!

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Minggu terakhir sebelum sibuk dengan 'exam', Alhamdulillah diberi kesempatan dan kudrat untuk berjumpa adik-adik di Baitul Husna. Seronok bukan kepalang! Waktu tengah serabut dan terasa malas nak study,eloklah ke sana ye. ^-^

Hari sabtu minggu ni,adik-adik akan ada temuduga di SMA Al-Ihsan, sekolah lama saya.^-^..Cuak jugak diorang rupanya..Alhamdulillah,kami beramai-ramai kesana sempat mengajar adik-adik ni baca Quran dan menulis jiwa. Alhamdulillah, bacaan mereka semakin hari semakin baik.

MARAH TANDA SAYANG

Sewaktu kami di sana,biasalah budak-budak kan..seronok memanjang.Ada yang berguling,tergolek sana-sini..aish.seronok sangat.sampaikan nak solat pun masih terguling-guling lagi..

marah tanda sayang kan?

Disebabkan sayang lah adik-adik terpaksa dengar 'buah-buah nasihat' daripada kakak kamu ni..yela,seronok-seronok juga kan. Sempatlah kami menasihati adik-adik supaya lebih serius sewaktu nak solat..sebenarnya,tak reti nak nasihat adik-adik ni..sebab waktu saya bagi nasihat tu ada je yang menyampuk..aiyaa..tak sempat bagi nasihat lagi,diorang dah pot.pet.pot.pet..nampaknya adik-adik belum habis 'taaruf' dengan akak lagi ni..^-^

HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM

Alhamdulillah..semalam (khamis) sempat lagi kami beramai-ramai ziarah mereka. Syukur Alhamdulillah,perubahan tu takdela banyak sangat,tapi bagus la..Yang paling best,waktu bacaan doa,semua senyap je..macam tak percaya pun ada..^-^..Alhamdulillah..tapi ada 2 orang adik ni yang bercakap daripada awal imam baca doa sampailah akhir.

Agak-agaknya apa kami buat?

psycho adik-adik tu.haha..takdelah..bagi nasihat yang lagi 'keras' sikit..Sebenarnya,tak nak marah pun,tapi sebab sayang,kenalah kasi lebih sikit kan.Alhamdulillah,adik-adik pun ok,tak memberontak dan mereka diajar untuk belajar mengakui dan menginsafi kesilapan mereka..^-^

Tegur bukan untuk mencari salah. Tetapi untuk membetulkan kesalahan dan menjadikan mereka lebih baik.

"Selamat Menghadapi Peperiksaan Dunia dan Akhirat."

Wallahua'lam.

Bukan sekadar lagu


Air tenang..milik Allah

Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya
Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya
Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya
Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya
Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya
Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga
Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya


Barangkali ada yang mendengar lagu sekadar untuk menghiburkan hati yang tengah rawan.

Tengah serabut.terus ON radio dengan harapan hati dan fikiran yang tengah serabut dapat kembali tenang.

Lagu: Seribu makna

Kita serupa. Saya juga minat dengar lagu-lagu ni. Tapi,tengok jugak la jenis lagu..Lagu nyanyian Allahyarham Ustaz Asri (Rabbani) di atas antara lagu yang sangat saya suka.

Kenapa?

kerana ia bukan sebarang lagu. Jika dihayati dengan bersungguh-sungguh lirik yang cuba disampaikan,hati kita akan menangis kerana kadangkala kita sebagai hamba kurang sedar yang kita bukan sepenuhnya memiliki diri kita.

Semua yang ada,Allah yang punya


Jangan terlalu cepat mengatakan itu hak kita. Kita sebenarnya tidak memiliki apa-apa hatta diri kita sendiri. Jika anda suami,jangan ingat anda memiliki isteri anda. Jika anda seorang isteri, ketahuilah lelaki anda bukan milik anda sebenarnya..begitu juga seorang ibu atau ayah. Anak-anak anda bukan hak milik mutlak anda.

Siapakah pemilik semua ini?

Dialah Allah,pemilik segala yang ada di langit dan juga di bumi. Jika hati terasa berat melepaskan suami/isteri atau anak-anak, maka istighfarlah..Jika hati terasa berat melepaskan sahabat berjuang, ingatlah dia bukan milik kita. Usah merasa sombong dengan apa yang kita ada.harta,pangkat yang kita ada sekadar pinjaman..jika tidak hari ini,mungkin esok atau lusa Tuannya akan meminta kembali.

Ingat Allah,hati tenang.

Firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Ra'd ayat 28 bermaksud "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.






Faith:spirit that moves us


Facilitator Team.

Tidak pernah terfikir untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Kalau dulu sering mengikut ajakan akak-akak terutamanya kak wahid dan kak ili yang tidak jemu mengajak. Sekarang,telah menjadi sebahagian daripada keluarga besar fcteam.

Alhamdulillah. Terima kasih buat teman-teman yang tidak putus asa mengajak saya ke arah kebaikan.Moga Allah juga memimpin kalian ke jalan yang lurus.

SEMUSIM BERSAMA,SEABAD TERASA

Mengenali sahabat-sahabat dan teman-teman di dalam fcteam merupakan suatu saat indah hadiah daripada Allah.Alhamdulillah,diberi kesempatan merasa bekerja bersama mereka.Untuk Br.jepa,Br.sheth,Br.irwan,Br.faizal,Que,Faiz,Rizal,Kak Joh,Kak Syibi,Athirah,Aliah,Tqah,Azizah dan Miza terima kasih banyak-banyak atas tunjuk ajar kalian semua. Samada kita semua akan terus bekerja bersama di lapangan yang lain,harapnya ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan.

MAHU MENJADI SEBAIK-BAIK MANUSIA

Sebaik-baik manusia ialah mereka yang banyak memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya. Sewaktu mula-mula berusrah bersama teman-teman dan sahabat dalam fcteam,pernah saya ajukan persoalan. Kekhuatiran saya tentang komitmen apabila tidak lagi memegang jawatan sebagai MC mahupun EXCO. Adakah kita hanya memberi komitmen apabila memegang jawatan? Itu kebimbangan saya. Saya berdoa pada Allah,mudah-mudahan sekiranya saya mahupun teman-teman tidak lagi memegang jawatan di dalam Fcteam, kami masih mampu memberi sumbangan dan komitmen yang tidak berbelah-bahagi.

FCTEAM TEMPAT BERBAKTI

Peluang datang mungkin sekali seumur hidup.Mungkin juga berkali-kali. Bezanya samada kita mengambil peluang yang diberi atau mempersiakannya. Saya beruntung kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada Fcteam. Anda yang lain bagaimana?Belajar menjadi seorang yang sentiasa mencari dan mengintai peluang untuk berbakti. Dengan kata lain, jangan hanya tunjuk muka apabila program atau perjumpaan sahaja.

Peluang terhidang di depan mata. Ibarat seperti lauk yang terhidang di depan mata kita. Ada macam-macam jenis lauk. Melihat lauk yang pelbagai, mana mungkin kita hendak menolak. Analoginya begitu. Di hadapan kalian terbentang peluang yang jarang-jarang ada. Pilihlah yang terbaik. Menjadi komited bukan mudah,bukan juga payah. Komited sama lah seperti Istiqamah. Payah,tapi tak mustahil. Menjadi Istiqamah dan komited dengan pekerjaan yang kita lakukan bukanlah pencapaian yang boleh dicapai dalam masa yang singkat. Bina lah tangga-tangga untuk ke arah itu. Yang pastinya jalan ke sana bukan mudah,penuh ranjau yang menuntut kita untuk terus memberikan yang terbaik.

Terima kasih Allah. Terima kasih senior-senior fcteam,adik-adik junior yang memberi tunjuk ajar mahupun teman-teman dan sahabat-sahabat yang bersama saya. Doa-doakanlah saya agar terus kuat di jalan ini. Ameen!

" Jalan ini merupakan satu jalan yang tidak sanggup dilalui oleh mereka yang hidup dalam susana mewah,mereka yang bimbang akan kesempitan rezeki dan kemewahan hidup. Jalan ini juga tidak akan sanggup dilalui oleh orang yang mementingkan kerehatan dan mengikut runtunan nafsu, dan tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang tidak sabar menghadapi cemuhan an cacian, apatah lagi pengorbanan wang ringgit dan harta benda.."

23 Tahun di Dunia

"SELAMAT HARI LAHIR!MOGA SELAMAT JUGA PADA HARI KEBANGKITAN NANTI"

Alhamdulillah.
syukur pada Allah yang masih memanjangkan umur akak dan umur kita semua untuk terus berkhidmat padaNya.

BANGUN TAPI TIDUR

Adakalanya diri sendiri 'tak sedar' tentang umur yang semakin hari semakin menghampiri penamatnya.tup tup dah 23 tahun hidup rupanya.ada tak perasaan camtu agaknya? ^-^

Sesekali,terfikir juga.' ke mana aku dah laburkan usia muda aku'.

'apa aku dah buat sepanjang 23 tahun hidup di muka bumi ni'

Andai persoalan ini kerap kali timbul di fikiran,alhamdulillah.beruntunglah kita.

MATEMATIK

Terkenal dengan kepandaian dalam Matematik,rasanya cukup mudah untuk akak melakukan operasi tambah,tolak,darab dan bahagi.betul tak?huhu.puji dalam sinis ni..ada paham?

kata Umar; " Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung"

Semuanya berkait dengan matematik ni kak!sape cakap matematik tak penting?

Dalam matematik pun kita diajar camne nak mengira jumlah pahala kita.macam-macam operasi boleh guna.tambah pun boleh.sum rule pun boleh.integration pun boleh! cantik sungguh math ni..Alhamdulillah! Tapi pahala bukan sesuatu yang boleh nampak,tapi itu tak bermakna kita tak boleh buat 'pengiraan' hidup kita.

Limit comparison test.

Ini satu lagi bab yang best dalam math..teringat kata-kata lecturer yang menjadi idola kami,Sir Mansor. tak ingat sebijik-bijik.apa yang boleh disimpulkan ialah hidup kita ni kena selalu buat perbandingan, baru kita boleh improve.Bandingkan diri kita dalam hal kebaikan. Macam limit comparison test ni la.

Contoh.

' aku tengok im ni rajin betul.nak jadi macam tu la'...

Contoh ye cik adik kakak!nak ameen kan lagi bagus.Saya doakan anda,anda doakanlah saya! ^-^..ha!lebih kurang camtu la.

YOU ARE THE BEST

Untuk akak.

thank you for everything.

Mungkin sekarang kita bersahabat baik,tapi masa-masa akan datang belum tentu.Mohon maaf andai ada tersalah kata,tersilap bicara.memang ada pun!minta maaf!!! keep on reminding me ya!

Semoga diberkati Allah.

Salam syawal.


Ya Allah,jadikanlah kami sahabat yang saling menyayangi keranaMu.ameen










Peristiwa:Konvokesyen kakak


7 Ogos 2010.

Kami sekeluarga berkesempatan menghadiri konvokesyen kakak saya yang ke-2 di Universiti Malaya. Pertama kali menghadiri konvokesyen. Waktu abang yang sulong tak dapat datang.nun jauh di Sabah.Universiti Malaysia Sabah.

Seawal 6.30 pagi lagi kami dah bersiap-siap ke sana. Itu pun dah tak cukup awal sebenarnya,ada lagi yang datang awal. Alhamdulillah sampai di sana parking masih belum penuh dan jalan pun kurang sibuk. Syukurlah.

PERASAAN

Excited.sebab kali pertama pergi konvo. Ma Abah lagi excited daripada kitorang. Awal-awal lagi dah beli baju untuk konvo.Biasalah,anak berjaya semua ibu bapa seronok kan? Alhamdulillah. Semuanya rezeki daripada Allah.

YANG TAK BEST

Sepanjang konvokesyen tu,memang kami adik beradik bosan tahap maksimum la. Ma Abah dapat masuk kat dalam,kami duduk 'merempat' kat luar pintu masuk Dewan Canselor tu..Adik yang ke-4, Majdah dah selamat di alam mimpi. (Tengah-tengah orang ramai tu pun sempat lagi aok tido teh!huh..)

PANDANGAN

Pendapat saya, UM perlu tingkatkan lagi persediaan menghadapi konvokesyen. Sepanjang pemerhatian saya, kawasan sekitar konvokesyen hanya menyediakan gerai-gerai jualan bunga,jual makanan, pakaian.

Sepatutnya sebagai sebuah universiti yang dah lama wujud di Malaysia, UM perlu lebih peka dengan perjalanan sepanjang konvokesyen. Pak cik mak cik yang terpaksa berjemur tengah panas,tak ada siapa pun peduli. Anak-anak kecil berkejar ke hulu-hilir tanpa arah tuju,tak ada siapa amik tau! Dan sepanjang konvokesyen, puas saya melilau mencari gerai-gerai buku. Kot-kot la ada. Puas pusing,tak ada jumpa pun.
CADANGAN

Mungkin selepas ini pihak UM, tak kira la siapa pun yang membaca blog ini, samada daripada universiti mana sekalipun, harap dapat memikirkan hal ini kalau nak anjurkan apa-apa event.

Elok benar kalau ada tempat jualan buku atau mungkin disediakan tempat untuk bacaan supaya pak cik mak cik, kakak abang,adik-adik yang datang dapat mengisi masa lapang. Adik-adik yang kecil tu, mungkin boleh diadakan aktiviti atau pertandingan yang sesuai dengan umur mereka. Kan best?betul tak? Buatla ape pun. nama pun universiti,confirm idea bagus-bagus punya.

p/s:Teguran saya bukan untuk UM sahaja.untuk semua! Jadi kepada NGAH, jangan marah i ok.:)))..

Terfikir sesuatu waktu tengok semua orang excited amik gambo..'kalau konvo dapat result best,excited la jugak.kalau result biasa-biasa je,excited jugak ke konvo?'.....erk.ok! U got it?

Dedikasi untuk ngah

De hepi untuk ngah!Teruskan belajar walaupun dah tamat pembelajaran di universiti. sambungla lagi,master ke,phd ke..huhu.Jadi pendidik yang beriman,tegas menyampaikan kebenaran,lembut dan berhikmah dalam mendidik.

doakan kami. dah ada gaji,jangan lupa 'hulurkan tangan ringankan beban' kami.hehe

untuk semua adik-adik ku yang lain,selamat belajar!lakukan yang terbaik.Ikhlaskan niat belajar kerana Allah.Jom kita sama-sama menasihati ke arah kebaikan dan kesabaran.





Perubahan = MUJAHADAH!! + bantuan ILAHI

Assalamualaikum.

..UoU..Alhamdulillah, berlalu sudah 2 exam midterm. penatnya belajar kerana exam ni.ntah apa yang dikejar, tapi kena kejar jugak. Sebenarnya boleh ja nak study bukan kerana exam, tapi kalau dah selalu study last minute jadila study kerana exam jugak kan..astaghfirullah..tak cukup usaha lagi ni. setiap semester pun perkara yang sama berulang. ishk!! Macam mana ni?! Kenapa asyik macam ni ja setiap semester? Tak ada perubahan pun..haaa..inilah hasilnya bila kita buat sesuatu dengan tak bersungguh-sungguh. cakap ja nak berubah, tapi usahanya tak seberapa.

Mujahadah??
Susah sangat ka nak berubah ni? Perubahan itu suatu mujahadah! Mujahadah tu apa plak dah? Menurut sahabat saya, Mujahadah tu bermaksud sesuatu yang berlawanan..err..ni bukan maksud literalnya, tapi nak menerangkan apa yang dimaksudkan dengan mujahadah. Maksudnya di sini, apabila kita menyebut tentang mujahadah, ianya harus selari dengan merubah sesuatu yang berlawanan. Contohnya :

- dari MALAS kepada RAJIN,
- dari BERSEPAH kepada KEMAS
- dari KEMUNGKARAN kepada KEBENARAN
Jika kita berjaya melakukan perubahan yang sebegini rupa, barulah dikatakan mujahadah..maksudnya tak boleh la kita nka buat sesuatu separuh jalan, contohnya katakanlah kita nak berubah dari malas ke rajin, jadi hari ni kita rajin sangat, bangun pagi awal-awal lagi dah mandi, basuh baju, kemas bilik, study. Waah, terasa macam mujahadah kita dah menjadi kan..tapi keesokan harinya atau beberapa hari kemudian kita tiba-tiba rasa malas plak, nak mandi lambat sikit la, kemas bilik kemudian la nak study dulu..haaa..ini bukan mujahadah namanya, perasan ja macam dah mujahadah, tapi sebenarnya hanya sementara. Jadi kawan-kawan, mujahadah ni perlukan kesungguhan dan kekekalan. usaha itu harus berkekalan, jangan kita sangka kejayaan 1 hari bermaksud mujahadah kita sudah selesai. Kesungguhan itu perlu ada!!

Musuh Mujahadah.
Dalam urusan kita bermujahadah ni, kita juga harus ingat bahawa kita tidak bersendirian. Sapa lagi ada dengan kita? Syaitan, ya betul tu. Musuh utama kita tu jangan kita lupakan. Jika kita bermujahadah dalam mengejar kebaikan, gangguan dan godaan syaitan itu pasti ada. Sebab diorang dah janji dengan Allah, yang diorang akan goda anak Adam ni kan. Ni dah jadi macam pertempuran la plak, antara mujahadah kita dan gangguan syaitan. Dalam diri kita pula, ada sebahagian yang suka mengikut bisikan syaitan iaitu hawa nafsu kita. Tapi tak boleh nak salahkan hawa nafsu semata, terpulang kepada kita bagaimana kita mendidik hawa nafsu. Jika tidak dididik untuk patuh dan taat kepada Allah, hawa nafsu ini akan automatik patuh kepada bisikan jahat Syaitan.

Stratergi
Jadi, bagaimana stratergi kita untuk memenangi pertempuran ni? Pihak musuh sudah kita kenalpasti, kekuatan pihak musuh juga sudah kita kenalpasti. Sekarang kita selidik pula apa kelebihan kita, apa kekuatan yang ada pada kita yang sudah pasti akan menjadi kelemahan bagi pihak musuh.Sudah tentu, kekuatan kita ialah Allah s.w.t. Melalui-Nya, kita telah diberi banyak senjata-senjata canggih yang tak akan lapuk dek zaman, iaitu yang paling utama Al-Quran dan As-Sunnah. Dua sumber ilmu ni sebenarnya merupakan khazanah yang cukup bernilai bagi sesiapa yang mengerti. Tiada apa pun di dunia ini yang dapat menandingi kehebatan dan keberkesanan kedua-dua senjata ni. Tak lupa juga kita kepada satu lagi senjata mukmin yang sering diperkatakan iaitu Doa. Berbekalkan peluru Iman dan Takwa, seorang mukmin itu pasti akan berjaya dalam sebarang pertempurannya mengejar kebaikan dan menumpaskan kemungkaran. Nafsu kita yang tadinya lebih gemar untuk akur dengan suruhan Syaitan, pasti akan tunduk patuh pada perintah Allah jika kita selalu mendidiknya berdasarkan dua sumber ini. Jika nafsu kita sudah berjaya dijinakkan dengan keimanan dan ketakwaan yang tinggi, maka mudah saja untuk kita atasi halangan Syaitan dalam usaha kita bermujadah. Tinggal lagi untuk kita terus maju ke hadapan, terus memperbaiki diri dan mendekatkan diri dengan Allah. Tiada apa yang harus kita takuti jika sudah berpegang teguh dengan tali Allah kerana hanya Allah yang berkuasa atas segala sesuatu. Tanpa bantuan dari Allah, mustahil untuk kita berjaya dalam mujahadah kita kepada kebaikan.

Jadi kawan-kawan, perubahan itu perlukan mujadahah, dan mujahadah itu hanya akan berhasil dengan bantuan Allah. Banyakkanlah berdoa kepada-Nya, minta kekuatan dari-Nya untuk mendidik nafsu dan melawan godaan Syaitan. Dengan banyak mengingati Allah, Syaitan akan tewas dengan kita. Maka, gunakanlah senjata yang kita ada itu sebaik yang mungkin. Jangan bazirkannya begitu saja, melainkan kita mahu terus berada di kalangan golongan yang rugi.
Bermujahadahlah kamu di jalan Allah, bantuan-Nya pasti akan tiba.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan
kuatkanlah kesabaranmu dan kuatkanlah kesabaranmu dan
tetaplah bersiap siaga( di atas perbatasan negerimu) dan
bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung."

~Surah Ali Imran, ayat 200~

sekejap ada,sekejap takde..

12 Ramadhan hari ini.

hari ini juga baru nak update blog.sudah lama bercadang untuk meng'update' blog,tetapi oleh kerana jadual sem ini terlalu padat,jadi hanya sekadar impian yang berlalu begitu sahaja.

alasan!

cepat terasa ramadhan berlalu bukan.hari ini sudah hari ke-12 berpuasa.bagaimana agaknya dengan puasa kita semua?semakin bersemangatkah atau semangatnya semakin hari semakin luntur dek kesibukan kita dengan pelbagai perkara.

Mengimbau puasa yang terdahulu,terasa yang dahulu lebih baik.setakat ini.bagi saya.anda semua mungkin tidak bersetuju.

masih ada masa?

mungkin.kalau Allah izinkan.kita sebenarnya tidak punyai banyak masa.jadi,'pulun' la beribadat sebanyak mungkin di dalam bulan Ramadhan ini.Ya Allah,pastinya sesal yang tidak berkesudahan andai Ramadhan berlalu begitu sahaja.

kata sahabat saya,jadikan sambutan terhadap Ramadhan ini sehebat kita menerima kunjungan orang yang ingin meminang kita.

tersengih.

pandai sungguh bermain kata-kata!provokator!

apapun istilah yang digunakan,matlamatnya tetap sama.mahukan kita bersungguh-sungguh mengisi makna bulan ramadhan dalam diri kita.

selamat meneruskan ibadah puasa yang masih berbaki.







Hari ini pendek saja perkongsiannya.

SEMUT.

"makin banyak pulak semut kat bilik ini.."

kesian akak.semut-semut tu suka betul duduk kat bilik akak kan?
dah kemas bilik pun, masih ada lagi.buntu kak ira dibuatnya.

semut..semut..seronok nampaknya mereka berpesta.

sengaja mengambil kisah semut.saya kata pada akak,"akak carila tempat bersarangnya semut tu.kalau tak,sampai bila-bila pun tak lari semut ni."

semut dan kita punyai kaitan.

"malasnya nak pegi kelas hari ni.".pernah terlintas di fikiran? Atau mungkin,"azam aku sem ni nak belajar bersungguh-sungguh".nampak serius tapi kecundang juga.

mengapa?

sebab hilang punca.

macam semut tadi,kalau kita terus sembur di tempat bersarangnya semut-semut tu, kan mudah kerja kita.samalah macam kita,kalau kita tak cari betul-betul punca datangnya penyakit malas itu, kita barangkali tidak bertemu dengan jawapannya. mungkin kita akan rajin seketika,tapi akhirnya tidak berkekalan.

Jadi,jangan hilang punca.

berhenti di sini.kelas BM menanti.

~sedang mencari punca kenapa selalu mengantuk dalam kelas.mahu kongsi puncanya?


Jangan sangka-sangka

Entri ini hadir tatkala hati dirundung duka.kecewa.

kenapa?

kecewa dengan sikap manusia yang suka berburuk sangka. Mungkin kali ini saya yang menjadi 'mangsa'.tak mengapa.Mungkin Allah nak uji persahabatan kami.mungkin juga ini balasan dosa saya yang pernah berburuk sangka.Ampunkan aku Ya Allah.

" Dua perkara,tiada sesutu pun yang lebih utama daripadanya, iaitu: menyangka baik terhadap Allah taala, dan menyangka baik terhadap hamba-hamba Allah. Dan dua perkara lagi,tiada sesuatu pun yang lebih buruk daripadanya, iaitu: menyangka buruk terhadap Allah Ta'ala dan menyangka buruk terhadap hamba-hamba Allah"

Apakah dia buruk sangka?

Buruk sangka ialah anda menganggap semua perbuatan dan percakapan orang lain yang mungkin ada baiknya dan ada jahatnya,semuanya tidak baik, padahal anda boleh menganggap kesemuanya baik.

orang masam, dikata sombong.

orang tertawa, dikata cintakan dunia

orang selalu menangis, dikata manja

orang itu mungkin..

masam kerana teringatkan dosanya
ketawa kerana ingin bergembira seketika
menangis kerana penyesalan atas segala dosanya

suka ke kita kalau orang buruk sangka pada kita?tentu tidak.

jauhi buruk sangka.kalau berdoa pun kita diminta untuk bersangka baik dan yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa kita.

jadi,sangka la yang baik2- baik.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
“Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
“Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku”..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
“Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
“Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk

husnu dzhon.nampak mudah,buat payah.


Allah swt mengingatkan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ

Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak tergelincir ke dalam sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa..." [Surah al-Hujurat, ayat 12]

Marilah berbaik sangka. Kita mulakan dengan diri kita dulu.Entri ini pastinya ditulis bukan untuk anda sahaja,pastinya untuk saya juga.

banyakkan baik sangka.

Mengapa di waktu kamu mendengar berita bohong itu orang-orang mukminin dan mukminat tidak bersangka baik terhadap diri mereka sendiri, dan (mengapa tidak) berkata: ""Ini adalah suatu berita bohong yang nyata. ( An-Nur : 12 )

sebahagian dari isi di dalam ini saya ambil dari tulisan ustaz zaharuddin.Moga Allah memberi kebaikan yang banyak buatnya.buat anda.juga buat saya.

teruskan bersangka baik.




















kini kembali..


setelah berbulan-bulan tidak meng'update' blog,insyaAllah kami akan meneruskan kembali penulisan yang sudah lama tertangguh.


berehat mencari ilham.

berehat untuk menenangkan diri.

hari ini mesti lebih baik dari semalam.

ada banyak perkara yang hendak dikongsi.insyaAllah,nantikannya ya..


p/s: tertunggu-tunggu juga sahabat2 lain meng'update' blog masing-masing.


pergi dan kembali,
TAUTAN HATI

nasihat 1: "waktu itu ialah kehidupan"

" Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada SATU SAAT sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya(iaitu beribadah kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya(pada hari qiamat nanti) dan sesiapa yang umurnya lebih daripada 40 tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka"


~buku AYYUHAL WALAD karangan Imam Al-Ghazali



Kasih Tercipta..

~Istimewa ditujukan untuk teman sebilikku..:)..baca,jgn xbaca!

Duhai teman,
Maafkan ku andai ini sahaja hadiah yang mampu ku berikan,
Walaupun sudah agak terlambat untukku mendidik kalian,
Setelah sekian lama kita bersama,
Baru kini kekuatan itu timbul..
Semuanya bermula dengan dorongan sahabat-sahabatku,
Yang mengajarkan ku erti ISTIQAMAH..
Istiqamah melakukan kebaikan..
Lalu ku panjangkan kepada kalian ilmu itu..
Moga ianya bermanfaat untuk kalian.

Temanku,
Aku menasihatimu juga menasihati diriku...
Moga kita sentiasa menjaga solat kita..
Moga solat jemaah itu sentiasa kita rebut...
Walaupun terpaksa merangkak untuk menunaikannya..
Daripada solat berjemaah itu lah kita semakin rapat,
Indahnya solat itu..jika kita melakukannya kerana Allah semata..
Kata Allah,
Dirikanlah solat untuk mengingati Aku..
Temanku,terima kasih atas segalanya..
Sungguh! Kalian merupakan insan istimewa yang dihadiahkan Allah kepadaku..

~Izyan&Insyirah:terima kasih tau!bahagia dengan korang..:)..gunakan masa cuti ini dengan sebaiknya tau!solat jangan tinggal..kalau rajin,cubela untuk berjemaah kat rumah k..jumpa lagi,jika dipanjangkan umur..:)..May Allah bless you.
Moga kalian sentiasa berada di bawah lindungan Allah...

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Solat berjemaah lebih utama jika dibandingkan dengan solat sendirian dengan 27 darjat.”
(Hadis Riwayat Al Bukhari)

ALL PRAISES TO ALLAH..

Makanan Sunnah

Zaman sekarang ni macam-macam penyakit ada kan. Kalau balek kampong tu, mesti ada saja cerita, satgi mak cik tu sakit kencing manis makin teruk la, pak cik tu sakit darah tinggi makin naik la..hmm..pi mana ada ja orang ngadu tentang sakit masing-masing. alhamdulillah, perubatan moden ada untuk membantu kita rawat masalah-masalah penyakit yang pelbagai ni. makanan-makanan alternatif yang berkhasiat pon dah banyak ada di pasaran..tapi saya terfikir..zaman nabi dulu, mana ada semua perubatan moden yang macam-macam ada sekarang ni kan. Macam mana Nabi dan para sahabat boleh hidup sihat, malah penuh bertenaga sampai boleh berperang walaupon dalam bulan Ramadhan..hmm..nila dia, 'Prevention is better than cure'. Rupa-rupanya Rasulullah s.a.w amat mementingkan bab makan, baginda sangat berhati-hati dalam memilih makanan ni. Sebab tu lah baginda dan para sahabat sihat tubuh badan dan kuat bertenaga. Kalau nak difikirkan, betul la kan, 'We are what we eat'. Kita makan hampir lima kali sehari, mesti ianya mempengaruhi kita secara keseluruhannya, bukan saja secara fizikal, tapi mental, emosional dan spiritual jugak..ala..taknak cakap banyak lagi la..sebenarnya nak kongsi dengan sahabat-sahabat semua, apakah tips pemakanan sihat yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Ini merupakan Sunnah yang perlu kita ikuti, jika kita nak kekal sihat dan kuat untuk terus beribadat kepada Allah..

Amalan Pemakanan Rasulullah s.aw :
1).. Jangan makan DAGING bersama SUSU.
.. Jangan makan DAGING bersama IKAN.
.. Jangan makan IKAN bersama SUSU.
.. Jangan makan AYAM bersama SUSU.
.. Jangan makan IKAN bersama TELUR.
.. Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD.
.. Jangan makan SUSU bersama CUKA.
.. Jangan makan BUAH bersama SUSU.

2)Elakkan memakan buah-buahan selepas makan, ikut cara nabi, makan buah sebelum makan, jangan dok ikut orang puteh tu..tak puteh pon kita dok ikut depa.

3)Tidur satu jam selepas makan tengah hari..hehe..ni mesti semua orang suka

4)Jangan tinggalkan makan malam..ianya boleh mempercepatkan penuaan.

5)Makan dengan tangan kanan dan jilat jari..kerana terdapat banyak enzim-enzim yang berguna untuk badan yang terletak di celah-celah jari kita..tak caya cuba tengok..hihi..

6)Bersarapan dengan campuran AIR SUAM dan MADU...org kata awet muda.

7)Mengambil makanan yang mengandungi CUKA dan MINYAK ZAITUN di waktu petang.

8)Jangan tidur selepas makan malam.

9)Memakan 7 biji KURMA setiap hari.

hmm..macam mana?mampu tak kita nak amalkan ni..Setelah baca ni, mesti sahabat-sahabat dah terbayangkan berapa banyak makanan dan minuman yang kita makan setiap hari, telah melanggar pantang larang di atas..antaranya cocktail, carrot susu, epal susu,..apa lagi ek..kalau p kenduri tu lagi la, satgi dia hidang gulai kambing dengan ikan masin..perghh!!sedap tu..tapi tak elok untuk badan kita kan, jadi elak elakkan la.

Ini saja yang dapat saya kongsi kali ni. Mungkin ada banyak lagi cara pemakanan Rasulullah tapi yang saya setakat ni yang ni jela. Bukan kuantiti yang kita inginkan tapi kualiti kan. Cuba kita amalkan yang 9 ni dulu, ada kelapangan kita cari lagi maklumat dan sama-sama kongsi. Jika kita jadikan makan tu sebuah bentuk ibadah jugak, mesti kita akan makan dengna cara yang lebih diredhai Allah dan Rasul kan. Utamakan Allah dan Rasul dalam setiap pelakuan kita.