Pada suatu hari, Amirul Mukminin didatangani oleh seorang Arab Badwi yang datang melawat. Amirul Mukminin menyambut kehadiran arab badwi itu dengan baik dan mesra, selari dengan anjuran Islam untuk memualiakan tetamu. Namun, layanan mesra Amirul Mukiminin terhadap arab badwi itu tidak disenangi oleh salah seorang menterinya. Menteri ini berasa iri hati tehadap arab badwi itu, tidak senang rasanya melihat orang luar menikmati kesenangan dengan begitu mudah sekali. Bagi meraikan kehadiran tetamunya, Amirul Mukminin telah menjemput Arab Badwi untuk bersembang bersamanya. Menteri yang jahat tadi diberikan tugas untuk memberitahu Arab Badwi tentang hal ini.. Menteri itu pergi ke rumah Arab Badwi untuk menyampaikan berita tersebut. Arab Badwi menyambut kehadiran Menteri dengan baik sekali, malah dihidangkan kepada Menteri hidangan makanan yang lazat. Ketika makan bersama, Menteri memerhatikan Arab Badwi tidak menjamah bawang putih. Apabila ditanya, Arab Badwi menerangkan bahawa dia mengikuti sunnah nabi untuk tidak memakan makanan yang menyebabkan mulut berbau. Lalu menteri yang licik ini merancang sesuatu agar arab badwi ini mendapat kesusahan. Sebelum pulang, Menteri memesan kepada Arab Badwi supaya memakan banyak bawang putih kerana Amirul Mukminin sangat sukakan bau bawang putih, sedangkan sebenarnya Amirul Mukminin tidak sukakan bau bawang putih sebagaimana nabi.
Maka tibalah hari pertemuan antara Amirul Mukminin dengan Arab Badwi. Kerana ingin memuliakan Amirul Mukminin, Arab Badwi tersebut telah memakan banyak bawang putih seperti yang dipesan oleh Menteri. Amirul Mukminin pun berbual panjang dengan Arab Badwi, walaupun mulut Arab Badwi itu sangat berbau. Setelah selesai berbual, Arab Badwi itu pun terus pulang ke rumahnya. Menteri mendekati Amirul Mukminin dan menyatakan bahawa Arab Badwi itu sengaja memakan banyak bawang putih sebelum datang kerana ingin menghina Amirul Mukminin. Apabila mendengar hal ini, Amirul Mukminin memanggil kembali Arab Badwi tersebut untuk bertemu dengannya. Kali ini Amirul Mukminin menyerahkan sepucuk surat kepada Arab Badwi, diarahkannya supaya Arab Badwi itu menyerahkan surat itu kepada menterinya(menteri lain, bukan yang jahat) yang tinggal di hujung kota. Menteri jahat itu mendengar perbualan mereka, lalu dia khuatir Amirul Mukminin berhajat untuk memberikan ganjaran kepada Arab badwi tersebut. Setelah keluar dari rumah Amirul Mukminin, Menteri merampas surat yang ada pada Arab Badwi itu dan pergi ke arah rumah menteri yang tinggal di hujung kota, Menteri jahat mengharapkan ada ganjaran yang bakal diberikan. Namun sebaik saja menteri(yang sorang lagi) membaca isi kandungan surat itu, dia terus memancung kepala Menteri jahat itu. Rupa-rupanya isi kandungan surat itu adalah supaya menteri yang tinggal di hujung kota itu memancung kepala pengirim surat tersebut. Dek kerana sifat tamak dan dengki, Menteri jahat itu telah menerima balasannya. Allah lebih tahu siapa sebenarnya yang harus dihukum lalu menggerakkan hati Menteri jahat itu supaya merampas surat dari Arab Badwi, lalu menerima hukuman yang tidak disangka-sangka. Amirul Mukminin juga tidak menyangka perkara ini akan berlaku namun Allah lebih tahu dan Allah itu Maha Adil. Diselamatkan Arab Badwi itu dari menerima hukuman seperti yang tertera di dalam surat itu.
Semoga kita semua dapat mengambil pengajaran daripada kisah di atas.
Wallahua'lam
No Response to "Akibat Dengki tak pasal"
Post a Comment