Keindahan Alam Ciptaan Tuhan

SubhanAllah

product

Alhamdulillah

product

Allahuakbar

product

Perubahan = MUJAHADAH!! + bantuan ILAHI

Assalamualaikum.

..UoU..Alhamdulillah, berlalu sudah 2 exam midterm. penatnya belajar kerana exam ni.ntah apa yang dikejar, tapi kena kejar jugak. Sebenarnya boleh ja nak study bukan kerana exam, tapi kalau dah selalu study last minute jadila study kerana exam jugak kan..astaghfirullah..tak cukup usaha lagi ni. setiap semester pun perkara yang sama berulang. ishk!! Macam mana ni?! Kenapa asyik macam ni ja setiap semester? Tak ada perubahan pun..haaa..inilah hasilnya bila kita buat sesuatu dengan tak bersungguh-sungguh. cakap ja nak berubah, tapi usahanya tak seberapa.

Mujahadah??
Susah sangat ka nak berubah ni? Perubahan itu suatu mujahadah! Mujahadah tu apa plak dah? Menurut sahabat saya, Mujahadah tu bermaksud sesuatu yang berlawanan..err..ni bukan maksud literalnya, tapi nak menerangkan apa yang dimaksudkan dengan mujahadah. Maksudnya di sini, apabila kita menyebut tentang mujahadah, ianya harus selari dengan merubah sesuatu yang berlawanan. Contohnya :

- dari MALAS kepada RAJIN,
- dari BERSEPAH kepada KEMAS
- dari KEMUNGKARAN kepada KEBENARAN
Jika kita berjaya melakukan perubahan yang sebegini rupa, barulah dikatakan mujahadah..maksudnya tak boleh la kita nka buat sesuatu separuh jalan, contohnya katakanlah kita nak berubah dari malas ke rajin, jadi hari ni kita rajin sangat, bangun pagi awal-awal lagi dah mandi, basuh baju, kemas bilik, study. Waah, terasa macam mujahadah kita dah menjadi kan..tapi keesokan harinya atau beberapa hari kemudian kita tiba-tiba rasa malas plak, nak mandi lambat sikit la, kemas bilik kemudian la nak study dulu..haaa..ini bukan mujahadah namanya, perasan ja macam dah mujahadah, tapi sebenarnya hanya sementara. Jadi kawan-kawan, mujahadah ni perlukan kesungguhan dan kekekalan. usaha itu harus berkekalan, jangan kita sangka kejayaan 1 hari bermaksud mujahadah kita sudah selesai. Kesungguhan itu perlu ada!!

Musuh Mujahadah.
Dalam urusan kita bermujahadah ni, kita juga harus ingat bahawa kita tidak bersendirian. Sapa lagi ada dengan kita? Syaitan, ya betul tu. Musuh utama kita tu jangan kita lupakan. Jika kita bermujahadah dalam mengejar kebaikan, gangguan dan godaan syaitan itu pasti ada. Sebab diorang dah janji dengan Allah, yang diorang akan goda anak Adam ni kan. Ni dah jadi macam pertempuran la plak, antara mujahadah kita dan gangguan syaitan. Dalam diri kita pula, ada sebahagian yang suka mengikut bisikan syaitan iaitu hawa nafsu kita. Tapi tak boleh nak salahkan hawa nafsu semata, terpulang kepada kita bagaimana kita mendidik hawa nafsu. Jika tidak dididik untuk patuh dan taat kepada Allah, hawa nafsu ini akan automatik patuh kepada bisikan jahat Syaitan.

Stratergi
Jadi, bagaimana stratergi kita untuk memenangi pertempuran ni? Pihak musuh sudah kita kenalpasti, kekuatan pihak musuh juga sudah kita kenalpasti. Sekarang kita selidik pula apa kelebihan kita, apa kekuatan yang ada pada kita yang sudah pasti akan menjadi kelemahan bagi pihak musuh.Sudah tentu, kekuatan kita ialah Allah s.w.t. Melalui-Nya, kita telah diberi banyak senjata-senjata canggih yang tak akan lapuk dek zaman, iaitu yang paling utama Al-Quran dan As-Sunnah. Dua sumber ilmu ni sebenarnya merupakan khazanah yang cukup bernilai bagi sesiapa yang mengerti. Tiada apa pun di dunia ini yang dapat menandingi kehebatan dan keberkesanan kedua-dua senjata ni. Tak lupa juga kita kepada satu lagi senjata mukmin yang sering diperkatakan iaitu Doa. Berbekalkan peluru Iman dan Takwa, seorang mukmin itu pasti akan berjaya dalam sebarang pertempurannya mengejar kebaikan dan menumpaskan kemungkaran. Nafsu kita yang tadinya lebih gemar untuk akur dengan suruhan Syaitan, pasti akan tunduk patuh pada perintah Allah jika kita selalu mendidiknya berdasarkan dua sumber ini. Jika nafsu kita sudah berjaya dijinakkan dengan keimanan dan ketakwaan yang tinggi, maka mudah saja untuk kita atasi halangan Syaitan dalam usaha kita bermujadah. Tinggal lagi untuk kita terus maju ke hadapan, terus memperbaiki diri dan mendekatkan diri dengan Allah. Tiada apa yang harus kita takuti jika sudah berpegang teguh dengan tali Allah kerana hanya Allah yang berkuasa atas segala sesuatu. Tanpa bantuan dari Allah, mustahil untuk kita berjaya dalam mujahadah kita kepada kebaikan.

Jadi kawan-kawan, perubahan itu perlukan mujadahah, dan mujahadah itu hanya akan berhasil dengan bantuan Allah. Banyakkanlah berdoa kepada-Nya, minta kekuatan dari-Nya untuk mendidik nafsu dan melawan godaan Syaitan. Dengan banyak mengingati Allah, Syaitan akan tewas dengan kita. Maka, gunakanlah senjata yang kita ada itu sebaik yang mungkin. Jangan bazirkannya begitu saja, melainkan kita mahu terus berada di kalangan golongan yang rugi.
Bermujahadahlah kamu di jalan Allah, bantuan-Nya pasti akan tiba.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan
kuatkanlah kesabaranmu dan kuatkanlah kesabaranmu dan
tetaplah bersiap siaga( di atas perbatasan negerimu) dan
bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung."

~Surah Ali Imran, ayat 200~

No Response to "Perubahan = MUJAHADAH!! + bantuan ILAHI"