Keindahan Alam Ciptaan Tuhan

SubhanAllah

product

Alhamdulillah

product

Allahuakbar

product

Pakar Audit

Hari ini nak ajak semua orang pakat ramai-ramai jadi pakar audit. Penting untuk mana-mana syarikat ada pakar audit ni. Sebab pakar audit inilah yang sentiasa menilai kelemahan dan kekurangan pada akaun syarikat atau kerja-kerja pengurusan syarikat.Tapi kali ini bukan untuk mana-mana organisasi atau syarikat ye. Tapi, audit diri sendiri.

Ya. Audit diri kita!Selalu ke audit diri?

Jarang-jarang di antara kita semua yang sentiasa audit apa yang dibuat setiap hari, setiap saat. Yang banyak antara kita buat ialah dengan ‘mengaudit’ orang lain. Orang lain yang menjadi keutamaan kita sedangkan banyak kali kita dengar dalam Quran Allah nyatakan supaya kita fikir apa yang dah kita buat untuk akhirat kita. (Task:cari ayat dalam Quran). Banyak kali jugak kita diingatkan untuk menghisab diri kita sebelum diri kita dihisab oleh Allah kelak.

Muhasabah Diri

Setiap pagi, bangun daripada tidur, banyak-banyakkanlah tanya diri kita samada hari ini kita nak jadi lebih baik atau lebih buruk atau sama macam semalam. Setiap daripada kita diberi pilihan. Aturkanlah pilihan yang terbaik mengikut apa yang Allah suka, bukan mengikut hawa nafsu kita.Lalu tanyakan lagi..Hari ini aku nak cari redha Allah atau murka Allah? Nak kerja sehabis baik atau nak kerja biasa-biasa? Nak kongsikan ilmu atau nak kedekut ilmu dengan orang lain? Nak cari redha manusia atau redha Allah?

Terlalu banyak persoalan yang patut kita tanyakan pada diri kita. Diri kita! Bukan orang lain.bukan kawan kita, bukan keluarga kita. Sebab orang yang hebat dan cemerlang sentiasa akan cuba tingkatkan diri dan tidak mencari salah orang lain. Apa yang dia nampak adalah dosa dia, kekurangan dari pihak dirinya, bukan kekurangan dari sisi orang lain. Manakala orang yang kurang bagus sentiasa nampak salah orang,buruk orang yang dicari, kekurangan orang lain yang diteliti. Nauzubillah. Janganlah kita jadi manusia yang demikian.

Betulkan Niat

Allah memberi hari baru untuk kita,lalu bersyukurkah kita? Berterima kasih kah kita? Makin bertambah kah amalan kita? Renung apa nabi buat.Jauh sekali dengan kita. Berpenat lelah dengan kerja dakwah di siang hari, tapi malamnya tetap sujud menangis pada Allah. Sujud memohon ampun padanya. Bagaimana dengan kita? Diri saya?

Binalah niat yang baik.Niat untuk menjadi yang lebih baik. Jadi pelajar yang rajin. Jadi anak yang soleh solehah. Jadi hamba yang soleh. Niat untuk banyak memberi kurangkan menerima. Niatkanlah hari kita dengan perkara yang baik, insyaAllah, dengan keyakinan dan izinNya, hari-hari kita akan bermula dan berakhir dengan baik.

Allahuakbar. Sekadar perkongsian di pagi Jumaat yang berkat. Perkongsian ini juga hasil ceramah dan perkongsian daripada Prof Muhaya di IKIM dalam slot Islam Itu Indah. Mana yang baik, ambil dan amalkan bersama-sama.

Wallahua'lam

No Response to "Pakar Audit"