Keindahan Alam Ciptaan Tuhan

SubhanAllah

product

Alhamdulillah

product

Allahuakbar

product

Pakar Audit

Hari ini nak ajak semua orang pakat ramai-ramai jadi pakar audit. Penting untuk mana-mana syarikat ada pakar audit ni. Sebab pakar audit inilah yang sentiasa menilai kelemahan dan kekurangan pada akaun syarikat atau kerja-kerja pengurusan syarikat.Tapi kali ini bukan untuk mana-mana organisasi atau syarikat ye. Tapi, audit diri sendiri.

Ya. Audit diri kita!Selalu ke audit diri?

Jarang-jarang di antara kita semua yang sentiasa audit apa yang dibuat setiap hari, setiap saat. Yang banyak antara kita buat ialah dengan ‘mengaudit’ orang lain. Orang lain yang menjadi keutamaan kita sedangkan banyak kali kita dengar dalam Quran Allah nyatakan supaya kita fikir apa yang dah kita buat untuk akhirat kita. (Task:cari ayat dalam Quran). Banyak kali jugak kita diingatkan untuk menghisab diri kita sebelum diri kita dihisab oleh Allah kelak.

Muhasabah Diri

Setiap pagi, bangun daripada tidur, banyak-banyakkanlah tanya diri kita samada hari ini kita nak jadi lebih baik atau lebih buruk atau sama macam semalam. Setiap daripada kita diberi pilihan. Aturkanlah pilihan yang terbaik mengikut apa yang Allah suka, bukan mengikut hawa nafsu kita.Lalu tanyakan lagi..Hari ini aku nak cari redha Allah atau murka Allah? Nak kerja sehabis baik atau nak kerja biasa-biasa? Nak kongsikan ilmu atau nak kedekut ilmu dengan orang lain? Nak cari redha manusia atau redha Allah?

Terlalu banyak persoalan yang patut kita tanyakan pada diri kita. Diri kita! Bukan orang lain.bukan kawan kita, bukan keluarga kita. Sebab orang yang hebat dan cemerlang sentiasa akan cuba tingkatkan diri dan tidak mencari salah orang lain. Apa yang dia nampak adalah dosa dia, kekurangan dari pihak dirinya, bukan kekurangan dari sisi orang lain. Manakala orang yang kurang bagus sentiasa nampak salah orang,buruk orang yang dicari, kekurangan orang lain yang diteliti. Nauzubillah. Janganlah kita jadi manusia yang demikian.

Betulkan Niat

Allah memberi hari baru untuk kita,lalu bersyukurkah kita? Berterima kasih kah kita? Makin bertambah kah amalan kita? Renung apa nabi buat.Jauh sekali dengan kita. Berpenat lelah dengan kerja dakwah di siang hari, tapi malamnya tetap sujud menangis pada Allah. Sujud memohon ampun padanya. Bagaimana dengan kita? Diri saya?

Binalah niat yang baik.Niat untuk menjadi yang lebih baik. Jadi pelajar yang rajin. Jadi anak yang soleh solehah. Jadi hamba yang soleh. Niat untuk banyak memberi kurangkan menerima. Niatkanlah hari kita dengan perkara yang baik, insyaAllah, dengan keyakinan dan izinNya, hari-hari kita akan bermula dan berakhir dengan baik.

Allahuakbar. Sekadar perkongsian di pagi Jumaat yang berkat. Perkongsian ini juga hasil ceramah dan perkongsian daripada Prof Muhaya di IKIM dalam slot Islam Itu Indah. Mana yang baik, ambil dan amalkan bersama-sama.

Wallahua'lam

Raihlah syurga dunia

Maka adapun orang yang catatannya diberikan dari sebelah kanannya, maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah, dan dia akan kembali kepada keluarganya yang sama-sama beriman dengan gembira.(Al-Insyiqaq:7-9)


Mengingat petikan dari surah ini, fikiran melayang ke rumah.Rindu sungguh pada ma, abah, dan semua adik beradik. Sihatkah mereka? Apa khabar agaknya mereka? Makin banjir ataupun makin surut iman mereka.Nauzubillah. Mengenang wajah-wajah suci ma dan abah, makin dipalit rasa sayu. Penangan praktikal yang lama ke?huhu.mungkin.Kalau kat umah, rindu nak blaja.Kalau kat tempat blajar, rindu nak balik umah.^__^

Barangkali impian setiap individu untuk berasama-sama merasai bahagia bersama orang yang tersayang, apatah lagi di syurga. Namun, tidak semudah yang difikirkan kita. Mengikut kefahaman sendiri yang cetek tentang ayat ini,syaratnya mesti dipenuhi. syurga hanya dapat dimasuki bersama ahli keluarga yang sama-sama beriman.

Astaghfirullah.

Seronok ke sana ke mari mengatur kerja dan membantu orang lain adakalanya membuatkan kita lupa seketika tentang ahli keluarga di rumah.Lalu, dalam kesibukan mengatur agenda dakwah, perancangan kerja dan sebagainya, selitkanlah juga perancangan kita untuk ke destinasi syurga yang abadi bersama ahli keluarga.

Jikalau sibuk mengajak orang kearah kebaikan, ajak lah juga ahli keluarga kita kearah yang sama. Sebagaimana kita mendidik, menyubur semangat adik-adik untuk berjaya, suburkan juga semangat adik-adik dirumah yang barangkali sudah lama layu dan malap sinarnya.

Itulah tugas kita. Kita bukan daie apabila di luar. Tetapi, di setiap tempat, masa dan keadaan, kita diajar untuk mempamerkan contoh akhlak terbaik, apatah lagi dengan ahli keluarga.

Selamat menghabiskan cuti bersama ahli keluarga.^__^


Ya Allah,saat diri jauh dengan ahli keluarga, ku pohon doa agar kau pelihara ahli keluargaku dari api nerakamu,bala bencanamu,maksiat dan segala fitnah dunia.

Ya Allah,jadikanlah kami keluarga yang mengingati engkau tiap saat dan ketika dalam hidup kami.Janganlah engkau palingkan hati kami setelah engkau berikan kami hidayah dan aturkanlah kehidupan kami mengikut perkiraanMu yang Maha Tahu.

Ameen!


~Lama tak update blog.Doakan kami istiqamah

Tiru macam saya!

Bosannya tengok budak-budak ni meniru.

Aku takdela dapat jawab soalan tu pun. Tapi,dah tak dapat jawab tu,diam sorang-sorang sudahla.....jangan babitkan aku plak.

Prinsip aku,senang je. Dah tak dapat jawab,jangan kacau orang.Tak dapat jawab tu maknanya,aku kena study lagi. tak perlulah tersipu-sipu tanya orang.nama pun quiz,midterm..aish.nak dapat markah tinggi dengan meniru orang?banyak cantik!

Bila lah mereka nak mengerti.

Hmm.mungkin aku yang kena memberi erti pada diorang.





3 dalam 1

Adik ke-2, Faizah (8/2)

Adik yang paling pakar memasak!
Selamat Hari lahir ijah!!! Moga terus tabah menjalani hidup sebagai pelajar di USIM..
Bertambahnya umur, bertambahnya amalan insyaAllah.


Along (17/2)

Selamat Hari Lahir yang ke-27 untuk along. Moga melimpahnya petunjuk dan kasih sayang Allah untuk along!..Tahniah juga atas kenaikan pangkat sebagai pengurus..Bila berada di atas, jangan sesekali lupa orang di bawah ye!




Abah (7/2)





Paling istemewa.Selamat Hari Lahir yang ke- 60 untuk Abah.Dah 60 rupanya umur abah. Tapi abah nampak muda la..^___^

Moga abah dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus mendekatkan diri kepada Allah.

Sayang abah!




















English is Fun!

Assalamualaikum everyone!

Jeng.Jeng.Jeng!

WELCOME TO OUR NEW SECTION!

^__^.

English section!!!!

Alhamdulillah, after having some discussions with my EAW lecturer,madam Norhayati and my colleague in EAW class, I manage to overcome my 'fear' to actually write this blog in English! Do not misunderstanding my statement k..not ALL the entries!!! :)...

InsyaAllah,"Haza Jihady"..

Why I consider this as jihad?

Simple.

Because i'm not good in English!Seriously!!But I just realize that I love English and really want to talk and write in English..I want to be a Good Muslim! I don't want to be an ordinary Muslim..YOU should have the same feeling too.

To tell you the truth,I've difficulties when it comes to presentation,making assignments,studying and the most important thing, my dakwah! My whole body become sweat..But,One day, I was wondering..

"How I am going to become a good daie and convey the message of Islam to Non-Muslim who don't really understand Malay?? "

From that, I know that I have to do something on it.Alhamdulillah..For me, this is a good start.

Congratulation to myself!!!!^___^..Yeay!Good improvement, Imtinan!

Dear my friends, my beloved brothers and sisters, let us learn new things.English is fun! Don't be afraid of making mistakes..This is how we learn actually.The strength will come to you later. Allah will give it to you if you really want to do that.

Please pray for me! ^__^

Actually,I want to share something regarding my EAW class...Maybe next time,insyaAllah..

Happy reading.

May Allah bless all of us.Ameen

p/s: rasa macam tak percaya pulak tulis entri dalam English..thank you Allah! YOU are GREAT!

With love;
IMTINAN.


Because You are my sister!

Alhamdulillah. Tak terkata nikmat Allah yang diberikan pada hambanya. Anggota tubuh yang sempurna memungkinkan kita untuk terus bergerak di muka bumi Allah. Itu belum ditambah dengan nikmat- nikmat lain yang diberikan Allah. Segala puji hanya untukMu Ya Allah, tuhan sekalian alam.

Mengingat kembali nostalgia di waktu kecil, banyak sekali cerita yang boleh membuatkan diri ini tersenyum sorang-sorang.^___^.Alhamdulillah,Allah panjangkan umur sehingga mencecah angka 23, 14 Mei ini.

Terima kasih Allah.

Mei penuh makna! Andai diizinkan Allah, kakak saya, WidatulHanan akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya pada bulan ini.tarikhnya? Tunggu kad!^_^..Seronok dan sedih bercampur baur. Tapi itu kita cerita kemudian sebab tak berlangsung pun lagi..hehe.mohon doa kalian untuk saya.:)

Hari ini nak kongsi satu kisah.Nak tau? Teruskan membaca!

'Kamu kakak,aku adik'

cerita tentang saya dan kakak saya.Sejak kecil,kami memang macam anjing dengan kucing. Ada je benda nak digaduhkan. Sampaila kami besar..Tapi bila besar, kurang gaduh dah! Prinsip saya waktu kecik ialah saya nak menang dalam semua perkara.Huh.jangan main-main..kecik2 dah ada prinsip ni.betul ni.Ini serius..tak percaya boleh tanya kakak saya.^___^..

Kakak saya anak ke-2 dan perempuan sulung! Kami panggil dia NGAH.Orang kata anak ke-2 ni panas baran sikit.(Bukan saya cakap ye ngah!)..Mungkin betulla tu.hehe..Tapi,walaupun dia camtu, dia sebenarnya baik. Sepanjang pemerhatian saya, anak ke-2 ni dia tau apa yang dia nak dalam hidup. Bak kata kakak saya,ada VISI dan matlamat hidup..Marah sungguh dia kalau kami macam 'blur' nak jadi apa bila besar nanti.

Jap.nak fikir VISI!^__^


Kenapa agaknya saya kongsikan cerita kami ye?

Sebab hari ini kakak saya tinggalkan kami 7 beradik.Kakak kesayangan saya akan bertugas di Sabah selama beberapa tahun sebagai guru!

Sedih.

Pada mulanya,ingatkan OK la..Kami belum pernah berjauhan dalam tempoh yang lama sebenarnya.Tapi, waktu nak ucap selamat tinggal dan bersalaman tu,air mata laju keluar.^__^..Satu-satunya kakak kan? Dialah yang selalu nasihatkan saya supaya jelas dengan matlamat hidup, selalu ulang-alik amik saya di UIA, selalu nasihatkan adik dia ni supaya jaga penampilan dan paling penting..diala Teman gaduh saya!:)

Allah Maha Tahu,sedangkan saya serba tak tahu!Sedih banyak-banyak pun tak bagus,kan?Pemergian kakak saya ke Sabah membawa impak besar untuk diri saya sebenarnya. Memandangkan kakak saya bakal berkahwin,itu lagila bawa kesan yang besar!

Saya adalah kakak kepada adik-adik saya.
Saya akan menjadi contoh untuk adik-adik saya.
Saya menggalas tanggungjawab yang selama ni kakak saya pikul.
Paling penting,saya harus lebih serius mendidik diri saya.

Untuk Ngah

Maafkan salah silap saya!( Kami bahasakan diri 'awak' dan 'saya')..De doakan awak berjaya di Sabah.Jadi cikgu yang paling best kat sana..Teruskan berdakwah untuk masyarakat Sabah..Utuslah doa untuk kami di sini ye!

Luv U sis!

Untuk along dan adik-adik yang lain

Selamatlah korang di bawah kawalan De!^_____^..hehe..

Untuk Imtinan

Saya kakak dan adik yang penyayang!(psiko diri sendiri)..





Ya Allah,tautkanlah hati sekeluarga dan tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus.Ameen!