Keindahan Alam Ciptaan Tuhan

SubhanAllah

product

Alhamdulillah

product

Allahuakbar

product

Faith:spirit that moves us


Facilitator Team.

Tidak pernah terfikir untuk menjadi sebahagian daripada mereka. Kalau dulu sering mengikut ajakan akak-akak terutamanya kak wahid dan kak ili yang tidak jemu mengajak. Sekarang,telah menjadi sebahagian daripada keluarga besar fcteam.

Alhamdulillah. Terima kasih buat teman-teman yang tidak putus asa mengajak saya ke arah kebaikan.Moga Allah juga memimpin kalian ke jalan yang lurus.

SEMUSIM BERSAMA,SEABAD TERASA

Mengenali sahabat-sahabat dan teman-teman di dalam fcteam merupakan suatu saat indah hadiah daripada Allah.Alhamdulillah,diberi kesempatan merasa bekerja bersama mereka.Untuk Br.jepa,Br.sheth,Br.irwan,Br.faizal,Que,Faiz,Rizal,Kak Joh,Kak Syibi,Athirah,Aliah,Tqah,Azizah dan Miza terima kasih banyak-banyak atas tunjuk ajar kalian semua. Samada kita semua akan terus bekerja bersama di lapangan yang lain,harapnya ukhuwah yang terjalin akan terus berkekalan.

MAHU MENJADI SEBAIK-BAIK MANUSIA

Sebaik-baik manusia ialah mereka yang banyak memberi manfaat kepada orang di sekelilingnya. Sewaktu mula-mula berusrah bersama teman-teman dan sahabat dalam fcteam,pernah saya ajukan persoalan. Kekhuatiran saya tentang komitmen apabila tidak lagi memegang jawatan sebagai MC mahupun EXCO. Adakah kita hanya memberi komitmen apabila memegang jawatan? Itu kebimbangan saya. Saya berdoa pada Allah,mudah-mudahan sekiranya saya mahupun teman-teman tidak lagi memegang jawatan di dalam Fcteam, kami masih mampu memberi sumbangan dan komitmen yang tidak berbelah-bahagi.

FCTEAM TEMPAT BERBAKTI

Peluang datang mungkin sekali seumur hidup.Mungkin juga berkali-kali. Bezanya samada kita mengambil peluang yang diberi atau mempersiakannya. Saya beruntung kerana diberi peluang menjadi sebahagian daripada Fcteam. Anda yang lain bagaimana?Belajar menjadi seorang yang sentiasa mencari dan mengintai peluang untuk berbakti. Dengan kata lain, jangan hanya tunjuk muka apabila program atau perjumpaan sahaja.

Peluang terhidang di depan mata. Ibarat seperti lauk yang terhidang di depan mata kita. Ada macam-macam jenis lauk. Melihat lauk yang pelbagai, mana mungkin kita hendak menolak. Analoginya begitu. Di hadapan kalian terbentang peluang yang jarang-jarang ada. Pilihlah yang terbaik. Menjadi komited bukan mudah,bukan juga payah. Komited sama lah seperti Istiqamah. Payah,tapi tak mustahil. Menjadi Istiqamah dan komited dengan pekerjaan yang kita lakukan bukanlah pencapaian yang boleh dicapai dalam masa yang singkat. Bina lah tangga-tangga untuk ke arah itu. Yang pastinya jalan ke sana bukan mudah,penuh ranjau yang menuntut kita untuk terus memberikan yang terbaik.

Terima kasih Allah. Terima kasih senior-senior fcteam,adik-adik junior yang memberi tunjuk ajar mahupun teman-teman dan sahabat-sahabat yang bersama saya. Doa-doakanlah saya agar terus kuat di jalan ini. Ameen!

" Jalan ini merupakan satu jalan yang tidak sanggup dilalui oleh mereka yang hidup dalam susana mewah,mereka yang bimbang akan kesempitan rezeki dan kemewahan hidup. Jalan ini juga tidak akan sanggup dilalui oleh orang yang mementingkan kerehatan dan mengikut runtunan nafsu, dan tidak akan sanggup dilalui oleh mereka yang tidak sabar menghadapi cemuhan an cacian, apatah lagi pengorbanan wang ringgit dan harta benda.."

1 Response to "Faith:spirit that moves us"

Nor Athirah bt Md Sharif said...

Faith: the spirit that moves us!

syg sama kamu...

nice blog!