Assalamualaikum..semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat dan perlindungan-Nya..ameen Syukur Alhamdulillah.sesungguhnya setiap ketentuan Allah tu ada hikmatnya. Malam ni berlaku satu insiden yang tak dijangka dan agak menensionkan..huhu..ditakdirkan Allah, malam ni sahabat baikku, Imtinan terlepas bas untuk ke kelas, jadi terpaksa la dia jalan kaki punya la jauh dari Mahallah ke KOS (Kulliyyah of Science), amek masa dalam 15-20 minit jugakla. Disebabkan dah terlalu malam untuk anak dara jalan sorang malam-malam ni, Im pun ajak la saya temani dia jalan kaki ke KOS (..baru ja ingan nak landing..tp xpala, buat kebajikan utk sahabat..waaa..)..sepanjang perjalanan tu, saya cuba memujuk diri dan Imtinan agar bersabar dengan dugaan yang kecik ni, memang la sedih kan, tapi kita semua yakin InsyAllah pasti ada hikmah di sebalik setiap sesuatu sebab Allah tu Maha Sempurna kan..baru 5 min kami jalan kaki, ada la sebiji keta akak senior ni brenti, tumpangkan kitorang ke KOS, Alhamdulillah..rahmat Allah tu terlalu luas…jadi tak perlu la kami jalan jauh sangat.."Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang bersabar"..nak tau apa hikmah di sebalik kejadian ni?.hikmahnya, saya terbuka hati nak update blog ni..hahaha..kalau tak ntah bila la nak ada masa update..ok la..panjang plak intronya.. Sebenarnya nak crita pasal matlamat..umm…dah banyak dah blog sahabat-sahabat yang saya baca, berkongsi tentang pengalaman mereka melangkah ke dalam dunia baru, IIUM Kuantan and IIUM Gombak..ada yang gembira, ada yang penat..ada yang bosan…ada yang rindu nak balik umah (im slalu nak balik)..ada jugak yang rindukan sahabat-sahabat kat Gombak sampai nangeh-nangeh..macam-macam ragam manusia la..tapi ada sesetengh ragam yang saya kurang senang sikit,sikit ja tak banyak. Iaitu, sikap segelintir pelajar yang macam nak tak nak ja dtg ke kelas utk blajar. Saya akui, kadang-kadang ada jugak diri ni rasa macama tu. Rasa macam liat ja nak pi kelas, macam malas ja nak terima hakikat kena jalan kaki jauh andai terlepas bas. Kalau lecturer umukan kelas batal, wah..bukan main seronok lagi. Apatah lagi baru-baru ni KOS ditutup seminggu lantaran influenza ni. Nak balik semula ke UIA, aduuuh..liatnya.. Hari ini aku sedar betapa burukya sikap ni sebenarnya.. Sahabat, cuba kita tanya diri kita kembali. Kenapa kita berada di sini? Kenapa kita berhempas pulas bangun awal setiap pagi untuk ke kelas tetapi mengharapkan kelas dibatalkan? Pernah tak kita masak kek tapi kita mengharapkan kek tu hangus? Mesti tak kan, tapi kenapa sikap kita perlu begitu dalam pelajaran? Pelik bukan. Adakah kita hanya sekadar melepaskan batuk di tangga? Setiap hari, bangun pagi, siapkan assignment, hantar assignment, perut lapar makan, sakit perut pi toilet, badan busuk mandi, badan letih rehat, rasa bosan cari hiburan, mata penat tidoq, esok bangun lagi buat perkara yang sama..Adakah kita hanya sekadar mengikut arus kehidupan? Tanpa mengetahui apa sebenrnya kehendak dan arah tuju kita? Tidak! Katakan tidak pada sikap yang begini. Kita bukannya robot. Kita diciptaakan Allah dengan tujuan dan tanggungjawab yang lebih besar dari ini. Ya, lahirnya kita ke dunia ini, bersama dengan tanggungjawab yang harus dipikul. "Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir tidak akan melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia.." Surah Al-Ahzab : 72 Sahabat, selalulah ingatkan diri kita akan hakikat ini. Hakikat yang telah ditakdirkan Pencipta untuk ciptanNya yang agung. Tiada siapa yang dapat lari dari tanggungjawab melainkan dia memilih jalan kekalahan buat dirinya. "Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan ucapkanlah perkataan yang benar. Niscaya Allah akan memperbaiki amal-amalmu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sungguh dia menang dengan kemenangan yang agung." Surah Al-Ahzab : 70-71 Amanat yang dimaksdkan adalah amanat sebagai khalifah di muka bumi ni. Bagaimana? Hmm..sebenarnya belajar juga merupakan salah satu caranya. Belajar ini juga merupakan suatu amanat untuk kita, maka laksakanlah ia dengan baik kerana jika tidak, kita sangatlah rugi. Sedang sahabat-sahabat kita di Palestin bgitu mudah mendapatkan syahid fi sabilillah, takkan kita nak duduk saja dan cakap, "takpala..depa kat sana bolehla mati syahid,kita tak mampu.".. alasan ini harus kita tepis jauh-jauh dari kotak fikiran kita. Belajar juga meupakan jihad fi sabilillah,malah apa saja yang kita lakukan denga bersungguh-sungguh iklas kerana Allah adalah dikira sebagai fi sabilillah. Andai kita bekerja sebagai seorang tukang masak pn boleh lagi dikatakan jihad denga syarat bersungguh-sungguh dan tulus ikhlas kerana Allah. Jadi tukang cuci jamban pn boleh. Jika berperang di medan perang itu mulia, maka sesunggunhya menuntut ilmu itu juga mulia. Dengan ilmulah Allah mengangkat darjat kita. Dengan ilmulah kita lebih mengenal Tuhan. Remaja Palestin berjuang memenangi Yahudi dalam mengusai baitul maqdis, maka kita di sini, berebutla untuk menguasai bidang ilmu masing-masing agar Islam dipandang tinggi dalam semua bidang. Ini juga sebuah perjuangan. Lahirkanlah pakar-pakar Islam dalam bidang perubatan, supaya tak perlu lagi kita bergantung kepada perubatan barat yang lebih advance. Lahirkanlah pakar-pakar Islam dalam kejuruteraan, supaya kita mampu membina technology kita sendiri yang akan menguntungkan ekonomi umat Islam apabila kaum lain membelinya dari kita. Lahirkanlah pakar-pakar Islam dalam bidang saintis,agar segala rahsia alam yang Allah ciptakan untuk kita sebagai khalifah dapat kita terokai dan hayati, supaya kebesaran Ilahi itu dapat kita buktikan bagi menambahkan lagi keyakinan. Ilmu itu sebenarnya sangat penting dan terlalu mulia dalam Islam. Jadi sahabat-sahabat, jangan terus biarkan diri anda berada dalam kerugian dan kelalaian. Sedarlah bahawa kita sama-sama memikul taggungjawab ni. Ketahuilah bahawa belajar adalah salah satu wadah untuk kita juga menang dalam melaksanakan tugas ini. Maka bersungguh-sungguh la dalam menuntut ilmu. Usah mengeluh lagi andai ada kelas ganti,anggaplah itu sebagai bonus tambahan dari Allah supaya kita dapat laksanakan tanggungjawab ni dengan baik. Jangan lagi mengharapkan kelas cancel,tapi harapkanlah lecturer datang awal dan habiskan kelas tepat pada waktunya supaya kita dapat banyakilmu dari kelas pada hari tu. Jangan asyik membayangkan katil sahaja setelah tamat kelas, tapi mulalah berfikir bagaimana untuk kita menguasai dan memanfaatkan subjek yang baru belajar tadi, supaya kita tak ketinggalan dan sentiasa cemerlang dlm bidang masing-masing. Bersungguh-sungguhlah dalam menyiapkan assignment,kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. Berhenti mengeluh dan menyalahkn lecturer tanpa kaji selidik,kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar apa yang kamu katakn malah bisikkan dalam hatimu. Ayuh, positifkan sikap kita terhadap ilmu, ubah persepsi kita terhadap suasana sekeliling. Jangan hanyut dalam arus suasana,tetapi jadilah arus yang merubah suasana.Gunakan ruang,peluang dan persekitaran kita dengan sebaiknya untuk kita mengumpul bekalan akhirat. Jangan biarkan buku amalan kita dipenuhi dengan catatan amalan yang sia-sia. Jalankanlah amanat ini dengan sebaik mungkin, kerana kita tak mungkin mampu untuk memberikan sebarang alasan andai kita disoal di akhirat kelak. "Wahai orang-oang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan." Surah Al-Hasyr : 18 Wallahu ta'ala a'lam..semoga sentiasa beroleh taufiq dan hidayah-Nya agar hidup ini sentiasa berada dalam keredhaan-Nya.amiin.
Jelaskan Kembali Matlamatmu Wahai Pejuang
4:03 PM
Tautan Hati
Posted in
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 Response to "Jelaskan Kembali Matlamatmu Wahai Pejuang"
toinggg..terkena btg idung sndiri..huaahh..tapi tu dulu kt matrik la..now,tak le main2 lagi.. =)
badan busuk mandi...ngantuk tidoq..kak ira, i miss u so much!! terbyg2 akak bgn tidoq, amik tola p bilik ayaq..hehe..mata mamai2..huk2..
-syirashiro-
To im: im tau tak..mu'iz ckp im tiang lampu..im jgn jalan2 lagi tau..nnt dia ejek lagi. tah tiang ape tah plak..ngahaaa..(p marah mu'iz)
salam ziarah..benci2..tak suka baca..hem..
ihsan dalam belajar..pengajaran yg kite dpt..jazakillah..
tp...kite baru 'jatuh cinta' dgn bhasa arab.. nape wat kite down..mmg la kite mangsa ponteng ni..tp sebab tak faham..and sbb p jalan2, balik umah, jmpe korg..hak2..apepun kite jg gak study tu..tgl 'ihsan'. ok2..i'll..hem..
pastu, mana lg jauh?? talhah ke kos or ruqayyah ke irk ek??
pastu, tak suka sapa duk ngata im tu..tak kesah la im ke sapa ke.. mmg tak suka. syira lain kali u simpan je benda tu sorang2. tak pyah gtau.
lastly, syukran kasira..
amboi..seronok kak ira kenakan im ye...bukan main lagi..nampaknya ramai yang bercakap pasal im tanpa pgthuan im..hmm....xpela kan..abaikan..nanti pandaila berenti..tq akak nasihatkan im..waaaaa..mantap deh..bagus2
Post a Comment