Keindahan Alam Ciptaan Tuhan

SubhanAllah

product

Alhamdulillah

product

Allahuakbar

product

Salam perantau...


Bismillahirrahmanirrahim...

....Sambungan....

pada hari yang sama jugak, selepas melawat cikgu kesayangan kami, kami ke destinasi terakhir..
rumah sahabat kami..Fazliyana Izzati Za'abar..Baru balik dari luar negara ni..Faz amik bidang fizik di Universiti Pittsburgh(kalu salah eja, m.maafla)..fresh lagi...xsampai semalaman kat rumah..:)..Dia cuti 2 bulan..bagi yang xdapat jumpa lagi tu, silakanlah ye..

Banyak yang sempat dikongsikan..pengalaman kat sane,cara belajar, kehidupan kat sana dll..banyak sangat nak cerita..sempat jugak tengok gambar2 faz kat sane..tu pun xhabis tengok..

Untuk pengetahuan semua,sahabat saya ni pelajar cemerlang 12A1 SPM..Alhamdulillah, syukur dipanjatkan pada Allah punyai teman sebaiknya..

" ...Pada hari shbt2 karib, sesetengahnya akan menjadi musuh kepada sesetengah yang lain, kecuali orang2 yang persahabatannya berdasarkan TAQWA."

Ya Allah..kadang2 sahabatku ini lemah,maka KAU kuatkanlah..
Kadang2 dia resah, maka tenangkanlah..
kadang2 dia gentar, maka campakkanlah keberanian dalam hatinya..
Dia meminta, maka kabulkanlah..
Dia menuntut ilmuMu, maka faqihkanlah..
Dia sangat sayang padaMu, maka sayangilah dia..

~to Fazliyana..Doakan kami semua...

Hadiah DariNya...

Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan izinNya,saya sempat berjumpa dengan 3 insan yang sgt istimewa dalam hari yang sama...nak tau siapa, kenala baca sampai habis..entri ni bukan ditulis untuk bercerita tentang insan tersebut, tetapi lebih kepada mencari kasih sayang Allah pada kita...

sapa agaknya ye...

seawal jam 6.30 pagi saya 'dipaksa' untuk terus bersiap-siap untuk ke sekolah lama saya..SMA Al-Ihsan..ada ceramah kat sekolah waktu tu..penceramahnya ialah Ustazah Siti Nurbahyah Mahmood dan suami,Ustaz Wan Akasyah...Inilah salah seorang insan istimewa yang saya maksudkan tadi..beliau menyampaikan ceramah yang bertajuk "penyejuk mata"..

Ini antara nasihat dan tips yang ingin dikongsikan..
Amalkan 7 'S' dan tinggalkan 7"M' kalu kita betul2 serius nak berubah...

  • SOLAT (ada tips untuk khusyuk, tapi lain kalilah..lg bagus,kita cr sendiri..)
  • SYUKUR -kita expresskan melalui lidah(zikir),hati dan perbuatan (amalan)
  • SALAM
  • SAYANG
  • SABAR
  • SUNGGUH-SUNGGUH ( ni tips y paling penting..sebab kdg2 kita xseserius mane pun nak berubah)
  • SOLEH+SOLEHAH
ni plak 7 "M"..ni kena tinggal, jgn kita amal plak..buruk padahnya..sambil2 tu,kita muhasabah dan besar2kan mata...kot2 la ada sifat ni dalam diri kita...

  • Malas (kata ustzh,kalu sape ada pyakit ni,memg xboleh ubat..sape ada ubat,blhla gtau..)
  • Melakukan perkara yang sia2
  • Mengumpat
  • Marah
  • Makan makanan yang shubhah
  • Membuang masa
  • Menderhaka Allah,Rasul, ibu bapa dll...
(Ala..dah tau dah pun sume ni...dah banyak kali dengar ustazah cakap..)..mungkin kita sume pernah tau dah sume ni..tinggal nak buat je lg...

Firman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 69..
"Dan orang-orang yang berjihad untuk mencari keredhaan Kami, benar2 kami akan tunjukkan kepada mereka jalan2 kami. Sesungguhnya Allah benar2 beserta orang-orang yang berbuat baik"

~Semoga kita diberi kekuatan untuk berubah menjadi yang lebih baik..~



Usrah...satu permulaan

Tarbiyah merupakan aspek terpenting bagi sesebuah gerakan Islam tidak kirala apa jua nama gerakan tersebut. Tanpanya, kedudukan ahli-ahlinya bagaikan tidak terarah ke arah satu matlamat yang telah menjadi dasar dalam perjuangan. Allah matlamat hidup. rasulullah sebagai suri teladan dan ikutan, Al- Quran sebagai perlembagaan, jihad adalah cara hidup dan mati di halan Allah cita-cita paling tinggi dalam kehidupan ahli-ahli gerakan Islam.

Justeru, mekanisme terpenting yang harus ada dalam menjayakan misi pelaksanaan tarbiyah adalah memalui usrah. Usrah yang dijalankan hendaklah mempunyai beberapa objektif. Antaranya ialah;

  1. Memperkukuhkan kefahamn ahli terhadap gerakan Islam
  2. Menggerakkan kesedaran ahli supaya lebih komited dalam perjuangan
  3. Memantap dan memperkayakan fikrah ahli dalam bidang2 ilmu
  4. Menekankan dari sudut pembinaan akhlak dan ibadah
  5. Mengembangkan potensi ahli supaya dapat berperanan secara optimum dalam bidang yang disertai

Kesemua ini perlu difahami dan digarap dengan serius jika kita mengaku bukan sahaja sebgai ahli gerakan malah sebagai orang Islam yamg menjadi khalifah Allah di muka bumi.

Antara agenda penting yang perlu diberi penekanan sepanjang usrah adalah;

  • Melazimi pembacaan Al-Quran dan tafsir dalam kalangan ahli usrah
  • Mengadakn ifthar dan qiammullail jamaie
  • Membincangkan buku-buku dan kertas-kertas kerja pilihan
  • Menyenarai dan membincangkan ayat-ayat Al-Quran dan hadith dalam bidang-bidang tertentu seperti akidah, jihad, dakwah dan sebagainya.
  • Mengulas isu-isu tempatan, nasinal dan antarabangsa
  • Memberi kritikan terhadap filem-filem tempatan dan antarabangsa
  • Memberi latihan dalam mengendalikan usrah seperti pengerusi dan pentazkirah
  • Mengadakan sesi perkongsian dan luahan masalah

Tarbiyah lain yang diperlukan bagi setiap ahli;

  1. Tarbiyah Ruhiyah: iaitu menjana satu program berbentuk kerohanian seperti qiyammullail sesama ahli yang boleh dilakukan di surau, masjid, rumah-rumah ahli secra bergilir, bagi melahirkan keseimbangan jasmani dan rohani dalam menghadapi kepelbagaian tekanan dan tribulasi hidup
  2. Tarbiyah jasadiah: mengadakan sukan bersama dengan memelihara akhlak seperti berseluar panjang dan diadakan pada waktu-waktu yang sesuai hingga tidak menghalang ahli untuk bersolat jemaah di masjid atau surau. kemudia, mengadakan tazkirah ringkas yang berhubung dengan konsep sukan menurut kacamata Islam
  3. Tarbiyah Aqliyyah: ia lebih kepada kemampuan cara berfikir ahli yang dilatih tubi untuk menyelesaikan masalah umat Islam dan manusia sejagat seperti penyelesaian kepada virus H1N1, kesan dan risiko kepada manusia.
  4. Tarbiyah jihadiyah: Memahamkan ahli kepada kesungguhan dalam beramal, berdakwah, menjadi rujukan masyarakat, dalam pelbagai bentuk dan pendekatan.
  5. Tarbiyah Imaniyah: mendidik ahli agar memiliki keimanan yang teguh, padu dan jitu dengan menjauhi segala perkara yang melibatkan bidaah, tahyul. kurafat, syirik dan penentangan terhadap hukum2 Allah secara terang di samping memperkukuhkan kefahaman aqidah ahli sunnah wal jamaah.
  6. Tarbiyah Akhlakiyah: Setiap ahli disaran agar memelihara akhlak terutama akhlak terhadap Allah, Rasul, Al-Quran, sunnah Rasulullah dan adab2 yang lain
  7. Tarbiyah Ilmiyah: Merekrutkan ahli dengan segala bentuk bahan ilmu yang diperlukan

" Dan sungguh, Allah telah mengambil perjanjian dari Bani Israel dan Kami telah mengangkat dua belas orang pemimpin di antara mereka. Dan Allah berfirman, " Aku bersamamu." Sungguh, jika kamu melaksanakan solat serta beriman kepada rasul-rasulku dan kamu bantu mereka dan kamu pinjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, pasti akan Aku hapus kesalahan-kesalahanmu, dan pasti aku akan masukkan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Tetapi barangsiapa kafir di antara kamu setelah itu, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus." (Al-Maidah:12)

Sumber dipetik dan diedit dari akhbar Harakah keluaran Mei

Tips Atasi Tekanan..

InsyaAllah, kali ini,saya akan berkongsi tips yang saya baca di akhbat Harian Metro yang saya rasakan baik untuk kita sama-sama amalkan..InsyaAllah. Sebenarnya. ada banyak lagi,tapi cukuplah sekadar ini..mudah-mudahan yang sedikit ini kita amalkan sama-sama,InsyaAllah..

Katakan pada diri anda;

  • Aku harus siap menghadapi hidup ini. Apa pun yang terjadi, hidup di dunia ini hanya sekali. Aku tidak boleh gagal dan sia-siakan waktu dengan perkara yang tidak berguna. Tugasku adalah menyempurnakan niat dan ikhtiar, Segala yang terjadi aku serahkan kepada Allah yang Maha Tahu, yang terbaik bagiku.Aku harus sedar yang terbaik bagiku menurutku belum tentu yang terbaik menurut Allah swt. Bahkan mungkin aku menuruti keinginan dan harapanku sendiri. Pengetahuanku mengenai diriku sendiri atau apa pun adalah terbatas sedangkan pengetahuan Allah menyelimuti segalanya. DIA tahu awal, akhir dan segalanya. Sekali lagi betapa pun aku inginkan sesuatu, tetapi hatiku harus ku persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tidak sesuai dengan harapanku. Kerana mungkin itulah yang terbaik buat diriku.
  • Allah lah satu-satunya penolongku. Aku harus yakin, walaupun bergabung seluruh manusia dan jin untuk menolongku, tidak mungkin terjadi apa pun tanpa izinNya. Hatiku harus bulat dan yakin hanya Allah lah yang dapat menolong dan memberi jalan keluar yang terbaik dari setiap urusan. Tidak ada yang mustahil bagiNya, kerana segalanya adalah milikNya dan sepenuhnya dalam kekuasaanNya. Tidak ada yang dapat menghalangku jika DIA akan menolong hambaNya. Dialah yang mengatur segala sebab datangnya pertolonganNya.

Oleh kerana itu, aku harus berjuang dan berikhtiar untuk mendekatiNya dengan mengamalkan segala yang disukaiNya dan melepaskan hati dari kebergantungan kepada selainNya, kerana selain DIA hanyalah sekadar makhluk yang tidak berdaya tanpa kekuatan dariNya.

"...Sesiapa yang bertaqwa kepadaKu, nescaya Ku berikan jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tidak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepadaKu, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya." (At-Talaq:2-3)

El-Nino..'Hadiah' sempena Bulan Ramadhan

Sekitar Ogos ini, umat Islam khasnya yang berada di sekitar lautan Pasifik buat julung kalinya akan merasai ‘kehangatan’ dan ‘kemeriahan’ Ramadhan seiring dengan kemunculan fenomena El-Nino. Menurut akhbar tempatan yang saya baca, kali ini ujian sebenar ramadhan menyamai saudara seagama di bumi gersang Asia Barat. Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan Negara kita mungkin mengalami fenomena itu ekoran cuaca panas kering yang dihadapi.

Apa itu El- Nino???
El- Nino adalah suatu keadaan di mana arus laut panas menggantikan arus laut sejuk di luar pantai Amerika selatan menyebabkan peningkatan haba.
Semasa El-Nino, perairan yang lebih panas di Pasifik tengah dan timur membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada atmosfera mendorong kepada pergerakan menaik arus udara.
Udara lembap yang terpeluwap membentuk ribut petir dan hujan lebat di barat Pasifik termasuk Malaysia dan tekanan atmosfera menyebabkan cuaca lebih kering.Kesannya turut dirasai banyak Negara termasuk di Asia Tenggara.

Malaysia pernah mengalami fenomena ini sebanyak 12 kali

Kejadian terburuk berlaku pada tahun 1982

"Wahai orang-orang yang beriman, Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Al-Baqarah:183)

Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna..Insya Allah..Mudah-mudahan kita semua diberi kekuatan untuk menghadapi apa jua cabaran sepanjang Ramadhan kali ini..Ayuh kita sama-sama membuat persediaan menghadapi Ramadhan dengan memperbanyakkan puasa sunat sebagai 'latihan' sebelum kita berdepan dengan Ramadhan yang sebenar sebagaimana Rasulullah membuat persediaan awal sebelum kedatangan Ramadhan..Allahua'lam..



Erti Sebuah Persahabatan


“Awaklah sahabat saya dunia akhirat!”
“Friends forever..”
Sahabat? Teman? Kawan? Macam-macam lagila yang selalu kita sebut..tak kisahla apa pun,
yang pastinya setiap satu tu memberikan makna yang berbeza. Ayuh kita kaji apa yang terkandung dalam ayat yang dipetik dari surah taha ni..


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

“Dia (Musa) berkata; “Ya tuhanku,lapangkanlah untukku dadaku,
Dan mudahkanlah untukku urusanku,
Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku,
Agar mereka mengerti perkataanku,
Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku,
Iaitu Harun, saudaraku
Teguhkanlah kekuatanku dengan adanya dia,
Dan jadikanlah dia teman dalam urusanku,
Agar kami banyak bertasbih kepada-Mu,
Dan banyak mengingati-Mu
,
Sesungguhnya Engkau Maha Melihat keadaaan kami.”

Taha:25-35

Alhamdulillah..dah baca kan..rasanya dah paham,insyaAllah.Inilah permohonan Nabi Musa kepada Allah agar dilapangkan dadanya dalam melaksanakan tugas menyampaikan risalah. Ini kerana, Nabi Musa diutus untuk menyampaikan risalah kepada seorang raja yang terkenal dengan kesombongannya,raja yang paling besar di muka bumi ketika itu.
Jadi, nabi Musa meminta Allah mengangkat seorang pembantu untuk menghadapi pekerjaan yang sangat berat ni…iaitu Nabi Harun..

Sebab apa ye nabi Musa nakkan seorang teman untuk membantunya???Hmm…

Antara sebabnya ialah segala kesulitan akan dapat diatasi dengan adanya teman seperjuangan..insyaAllah..

Firman Allah swt dalam surah Ad-Dukhan ayat 41;

“Iaitu pada hari ketika seorang teman sama sekali tidak dapat memberi manfaat
kepada teman lainnya dan mereka tidak akan mendapat pertolongan.”

Jadi,apa tunggu lagi!!! Jom kita jadi sahabat yang terbaik, yang sentiasa mendoakan temannya..InsyaAllah..

p/s: 1) Buat sahabat yang dikasihi..terima kasih atas segalanya..Moga Allah memberkati kalian..
2) Surah ni juga boleh dibaca untuk membantu melembutkan hati yang keras..
Apepun, beramallah dengan kesuluruhan Al-Quran..jgn amik ckit2 je ok..wallahua'lam

Kalau Tuhan Dikenali

Jika ditanya, "Siapakah Tuhanmu?"..pasti kita pantas menjawab "ALLAH!"..tiada keraguan pada jawapan itu,.. "..cemerlang.." ..kita bisikkan pada hati kita..namun, cuba jika ditanya,

"Siapa Allah? Adakah kamu kenal siapa itu Allah?..jika ya, apa buktinya?"..

lidah pantas ingin membuktikan kecemerlangan lagi..namun iman di dada mengetuk pintu hati..

adakah benar diri ini kenal benar dengan Tuhannya?..adakah diri ini lebih mengenali Tuhan lebih dari keluarganya?lebih dari sahabat karibnya?..lebih dari dirinya sendiri?..

hati meraung kesedihan, menyedari kejahilan diri, anggota terasa lemah longlai..menyedari terlalu sedikit pengorbanan demi Tuhan..

air mata membasahi pipi..rasa malu meyelubungi diri..malu pada Tuhan..

malu mengenangkan telah berapa kali dalam hidup ini, lebih didahulukan manusia dari Tuhanku sendiri, lebih diutamakan nafsuku dari Penciptaku sendiri..

kesal memikirkan begitu banyak pengampunan yang telah diberikan namun diri tetap leka dan alpa..lalai dari mengenali Tuhan..

kecemerlangan yang ada, bukanlah yang hakiki,

terasa diri ini dekat dgn Tuhan..tapi hakikatnya diri ini lebih dekat kepada takbur yang mengaburi diri..

cemerlang itu..takkan pernah dimiliki,

selagi Tuhan tidak dikenali,selagi Tuhan tidak disayangi, selagi Tuhan tidak dirasai, selagi Tuhan tidak kita fahami, selagi jasad dan roh ini belum sanggup dikorbankan demi Tuhan yang Satu..demi Allah, demi Ar-Rahman, demi Ar-Razaq, demi Al-Ghafur, demi Allah yang Satu..selagi Tuhan tidak hadir dalam diri..jangan mimpi, jangan bangga dgn kecemerlangan yang dimiliki..kerana..

Kalau Tuhan kita kenali
Kasih sayang dan peranan-Nya
Kalau Tuhan kita fahami
Keagungan dan kekuasaan-Nya

Kalau Tuhan kita rasakan
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya
Kita akan sanggup berjuang, sanggup mati kerana-Nya
Kita akan sanggup berkorban apa saja kerana-Nya

Kalau Tuhan dikenali
Cintailah Tuhan
Dia adalah segalanya
Korbankanlah apa sahaja kerana-Nya

Cintakan Tuhan, Cinta paling mahal
Cintakan selain Tuhan, cinta murahan
Kalau Tuhan kita kenali
Dialah segala-galanya
Kalau Tuhan kita fahami
Dialah Pengurus seluruh keperluan kita
Kalaulah kita faham
Tuhan ini siapa sebenarnya
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya
Kita sanggup buat apa sahaja demi cinta pada-Nya
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya
Cintakan Tuhan cinta yang abadi

Album : Sembahyang Membina Peribadi Agung
Munsyid : Mawaddah
http://liriknasyid.com

Rezeki kita ALLAH yang tentukan..

Ya Allah!
Bahawasanya waktu Dhuha itu adalah waktu Dhuha-Mu
Keindahan itu adalah keindahan-Mu
Kecantikan itu adalah kecantikan-Mu
Kekuasaan itu adalah kekuasaan-Mu
Dan perlindungan itu adalah perlindungan-Mu.

Ya Allah! Ya tuhanku,
Jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah,
Dan jika berada di dalam perut bumi, maka keluarkanlah,
Dan jika sukar, maka permudahkanlah,
Jika haram maka sucikanlah,
Jika masih jauh, maka dekatkanlah,

Berkat waktu Dhuha-Mu,
Keagungan-Mu, Keindahan-Mu,
Kekuatan dan kekuasaan-Mu,
Limpahkanlah kepada kami segala yang telah Engkau limpahkanlah kepada hamba2mu yang salih..

Ameen

Rezeki kita DIA yang tentukan! Hidup mati kita, jodoh dan pertemuan, segalanya
Milik percaturan DIA. Tinggal ‘homework’ yang perlu kita buat adalah berusaha
sehabis daya, berikhtiar sehabis baik dan bertawakallah dengan sebenar-benar
tawakkal. Yakinlah dengan sepenuh hati akan kuasa dan ketentuan-Nya.
usahlah mempersoalkan bilalah nak dapat kerja, bilalah nak dapat A, bilalah nak dapat Dean’s list,bilalah nak jadi ‘best student’..bila dan bila…semua itu adalah kerja DIA..”kerja” kita usaha,usaha,usaha..ikhtiar, ikhtiar, ikhtiar…
Yakin dan berdoa. Jangan patah semangat. Jangan putus asa.Jangan menyalahkan takdir.Jangan membenci dan menyalahkan Dia…
Ingat…REZEKI KITA DIA YANG TENTUKAN

“Pintalah pertolonganNya dengan jalan sabar dan mengerjakan solat”

Jujurnya, lagi lambat nikmat yang kita dapat, lagi dekat kita pada DIa..lagi kasih kita pada DIA…Andai kata senang2 kita dapat A, senang2 dapat siapkan project, senang2 pergi temuduga terus dapat kerja..adakah hati kita pandai untuk berterimakasih..pandai untuk mensyukuri…adakah hati kita bebas dari riak dan takbur..

Rezeki kita DIA yang tentukan!

Biarlah lagi banyak diduga, lagi manis terasa.
Biarlah terasa kerdilnya diri saat sujud dihadapanNya,
Biarlah basah lencun bermandi air mata saat sepertiga malam bangun bermunajat merayu padaNYA…

Yang dipinjamkan Allah segala kelebihan sementara. Belajarlah untuk berkata Alhamdulilah..kerana tiap kerdipan mata, tiap helaan nafas kita, tiap suapan nasi kita, tiap tegukan iar kita adlah milik DIA..

Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepada Engkaulah kami meminta pertolongan….(Al-Fatihah:5)

T0koh Mat3mat!k

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Beberapa hari yang lalu ana terlibat dalam program ‘Kemas jangan tak Kemas’ yang telah berlangsung selama beberapa hari bertempat di Kampung Kastam, Bukit Gelugor, Pulau Pinang..hehe..kemas rumah ana la tu. Alhamdulillah, banyaknya nikmat yang Allah bagi, banyak betul buku dalam rumah ana ni, sampai ana sendiri pun tak sedaq kewujudan buku-buku tu..hebat tak?tksh..banyak la buku yang sangat berguna sebenaqnya, walaupn luaran dah takdak rupa mcm boleh baca lagi, tapi banyak isinya, betul la pepatah omputih, don’t judge a book by its cover..memang rasa terpukul dengan pepatah tu kali ni..(aduh!!)..jadi hari ni ana nak kongsi salah satu ilmu yang ana dapat hasil dari usaha keras mengemas rumah..ada la buku focus SPM ni, macam bukan standard ana budak IPTA ni nakbaca, tapi ana terpukau dgn segmen tokoh dalam majalah pendidikan ni. Fokus SPM keluaran Disember 2007 ni mengupas tentang tokoh-tokoh matematik!!!memang dah lama ana cari pasal ni, tapi malas nak cari..hehe..segala puji bagi Allah yang Maha Mengetahui apa yang diingini hambaNya..hihi..maluu..malas cari tapi dapat..ok, jom kita teroka dunia tokoh matematik!




Al-Biruni (973 – 1050)
Nama : Abu Arrayhan Muhammad ibn Ahmad al-Biruni
P.O.B : Kath, Khwarazam (skrg dikenali sbg Kara-Kalpakskaya, Uzbekistan)
D.O.B : 15 September 973
P.O.D : Ghazna (skrg dikenali sbg Ghazni, Afghanistan)
D.O.D : 13 Disember 1048
Al-Biruni merupakan ahli falsafah, alhi geografi, astronomy, fizik dan ahli matematik. Selama 600 tahun sebelum Galgeo, al-Biruni telah membincangkan teori putaran bumi tanpa paksinya sendiri. Al-Biruni juga telah menggunakan kaedah Matematik untuk membolehkan arah kiblat ditentukan dari mana-mana tempat di dunia. Beliau juga ialah orang yang pertama menyatakan bahawa jejari bumi ialah 6339.6km.
Al-Battani (850 – 929)
Nama : Muhammad Ibn Jabir Ibn Sinan Abu Abdullah
P.O.B : Battan, Damsyik
Beliau ialah bapa trigonometri dan juga merupakan putera Arab serta pemerintah Syria. Al-Battani diiktiraf sebagai ahli astronomi dan Metematik Islam yang tersohor. Beliau berjaya meletakkan trigonometri pada tahap yang tinggi dan merupakan orang pertama yang menghasilkan jadual cotangents.

Al-Khawarizmi (780 – 850)
Nama : Muhammad ibn Musa Al-Khawarizmi
Gelaran : Bapa Algebra
Beliau pakar dalam bidang matematik, geografy dan astrnomi. Antara buku-buku terkenal hasil tulisan beliau termasuk Hisab Al-Jabr wal Muqabalah ( Buku Pengiraan, Perbaikan dan Pengurangan )dan Algebra. Pada kurun ke-12, Gerard of Cremona dan Roberts of Chester telah menterjemahkan buku algebra Al-Khawarizmi ke dalam bahasa Latin. Terjemahan ini digunakan di seluruh dunia sehinggalah kurun ke-16.

Omar Khayyam (1048 – 1131)
Nama : Ghiyath al-Din Abul Fateh Omar Ibn Ibrahim al-Khayyam
D.O.B : 18 Mei 1048
D.O.D : 4 Disember 1131
Khayyam sebenarnya bermaksud pembuat khemah. Sumbangan terbesar Omar Khayyam ialah bidang algebra. Beliau pernah membuat percubaan untuk mengklasifikasikan kebanyakan persamaan algebra termasuk persamaan darjah ketiga. Malah beliau juga menawarkan beberapa penyelesaian untuk beberapa masalah algebra. Hal ini termasuklah penyelesaian geometric bagi persamaan kiub dan sebahagian daripada penyelesaian kebanyakan persamaan lain.
Bukunya Mazalat fi al-Jabr wa al-Muqabila ialah karya agungnya dalam bidang algebra dan sangat penting dalam perkembangan algebra. Pengklasifikasian persamaan yang dilakukan oleh Omar Khayyam adalah berasaskan kerumitan sesuatu persamaan.
Omar Khayyam telah mengenalpasti 13 jenis bentuk persamaan kiub. Kaedah penyelesaian persamaan yang digunakannya bersifat geometrical. Dalam bidang geometri pula, beliau banyak membuat kajian yang menjurus kepada pembentukan teori garisan selari.
Beliau juga pernah diarahkan oelh Sultan Saljuq Malikshah Jalal al-Din untuk bekerja dib alai cerap. Di sana, beliau ditugaskan untuk menentukan kalendar solat yang tepat. Omar Khayyam berjaya memperkenalkan kalendar yang hampir-hampir tepat dan dinamakan Al-Tarikh-al-Jalali.
Al Khazin (900 – 971)..gambar beliau gagal dicari di internet..huhu..sorry..bayangkan jela lelaki berjambang..hehe..
Nama : Abu Jafar Muhammad Ibn al-Hassan Khazin
P.O.B : Khurasan,Timur Iran
D.O.B : 900 Masihi
Beliau lebih dikenali sebagai al-Khazin dan merupakan ahli astronomy dan matematik terkenal pada zamannya. Al-Khazin ialah salah seorang saintis yang tinggal di Bandar yang dikenali sebagai Rayy. Pada tahun 959 atau 960 Masihi, Perdana Menteri Rayy yang telah dilantik oleh Adud ad-Dawlah meminta al-Khazin mengukur sudut tidak tepat gerhana iaitu sudut permukaan rata atau arah garisan khatulistiwa di bumi.Selepas pengukuran dilakukan, al-Khazin berkata: “Saya menggunakan cincin yang saiznya kira-kira empat meter untuk mengukurnya.”
Salah satu hasil kerja al-Khazin iaitu Zij al-Safa’ih telah dinobatkan sebagai satu kejayaannya yang terbaik dalam kerja lapangan yang akhirnya menjadi bahan rujukan utama saintis lain. Kerja itu menggambarkan peralatan astronomi dan salinannya telah dibuat di Jerman pada waktu Perang Dunia Kedua.
Hasil kerja al-Khazin dikatakan banyak dipengaruhi oleh motivasi yang diterimanya dari ahli Matematik, al-Khujandi. Al-Khujandi mendakwa berjaya membuktikan bahawa
x3 + y3 = z3 adalah mustahil untuk semua nombor x,y,z. Selain itu, al-Khazin telah mengusulkan model solar yang dikemukakan oleh Ptolemy yang menyatakan bahawa pergerakan matahari adalah mengikut kitaran seragam yang bukan berpusatkan bumi. Al-Khazin yang tidak setuju dengan model itu mengusulkan satu model yang mana menurut beliau, matahari bergerak dalam satu pusingan yang berpusatkan bumi.